Thanks For Viewing My Blog^^

Sunday, August 5, 2012

AWAS!! KES WANITA DISERANG, DIROMPAK MAKIN BERLELUASA

Korang tengok! Sebenarnya banyak kes kena samun dah tapi x de berita sangat sebab pe? Orang ingat  kita ni masih selamat...buka mata la, terang2 dah macam2 kes skunk. tahun ni x tau berapa banyak kes dah..berjati2 kawan2 semua.. Anyway aku dapat cari berita ni dimana kes ni jadi pada bulan June tahun ni! semoga apa yang berlaku pada beliau dijadikan tauladan kepada kita.




MO, KL, 26/6/2012 - Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan  diserang oleh penyerang yang memiliki senjata.
Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.
Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.
“Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.
“Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya,” Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.
Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.
“Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat,” katanya,
Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.
“Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala,” katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.
Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.
“Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya,” katanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Saturday, August 4, 2012

Mohon sebarkan...

Hai all,

Coretan ini hanaya sekadar ingat mengingati sesama sendiri dimana saya sendiri telah merasai pengalaman ini. Pengalaman ini adalh satu pengalaman yang x akan saya lupa sampai mati, suara dia, muka dia, pakaian dia semua masih melekat dikepala ini.

Pada 31 Julai 2012, Kota Damansara. Saya dengan BF saya pergi ke Kota Damansara sebab saya nak masukkan checque ke dalam RHB bank. Ketika tu baru pukul 8 lebih dan selepas itu kitaorg cari tempat makan di sana juga sebab paham2 je la Kota Damansara tu pack macam mana kan. Perut pun berkeroncong tekak ni pula rasa macam nak makan pedas2. akhirnya kitaorang lepak la makan dekat Restaurant Jom Makan (sederet dengan Sari Ratu Restaurant and D'Kayu).

Dalam jam 10 lebih tu, ketika BF saya masuk dalam nak bayar bill tiba2 ada seorang lelaki menunggang motor menghampiri saya dengan rapat dan dia mengeluarkan sepucuk pistol lalu menghala dekat muka saya dan meminta saya jangan beregrak. Bayangkan ketika tu depan dan belakang saya ada pelanggan juga sedang makan tapi semua orang buat x tau je. Dimanakah sikap tolong menolong yang selalu korang gempar gemburkan tu?? Inilah satu perkara yang saya sangat2 terkilan and speechless (hanya Allah saja yang tau bagaimana perasaan saya ketika itu)

Semasa perompak tu rampas bag laptop BF saya tu, saya terus jerit memanggil BF saya dan dia terus grab bag laptop tu dengan kuat lalu terus meniggalkan tempat itu. Tidak sampai beberapa saat kereta peronda polis pun datang tapi polis peronda tu terus tinggalkan tempat tu tanpa hiraukan kitaorg. Kenapa diaorg x berenti? Apa salah kitaorg sampai dapat layanan macam ni?? Seih tu x payah kata la...hanya satu perkara je dapat saya ulaskan memang MALAYSIA dah x selamat dah! Pergi mana2 pun kena extra carefull.

Disebabkan terlalu takut saya terus pulang ke rumah dan tidak buat report polis pada malam tersebut. keesokan pagi pula, saya, BF serta Ibu saya pergi ke balai polis di Kota Damansara dan perkara yg sangat2 saya kecewa bila salah seorang daripada polis tersebut cuba nak racist dengan BF saya (kata 1 Malaysia?) Agak biadap la juga polis tu soalan pertama yang dia tanya:

1. Kenapa tak buat report malam tadi? - Polis ni paham x maksud 'shocking', macam mana saya nak buat report malam tersebut kalau saya sendiri dah sentap?


2. Polis ni pun tanya BF saya ni orang apa? Myanmar?! - memang BIADAP! saya bole imagine kalau  ada pelancong kena kes macam saya ni tentu dia dapat layanan yang sama kan, dan bila pelancong2 ni pulang ke negara diaorg mesti bawa berita yang cukup menarik tentang polis Malaysia kan.

3. Polis tu tanya saya perompak tu pakai pistol betul ke tipu?? - WTF! Macam mana saya nak tau tu pistol betul ke tipu? seumur hidup saya x pernah tengok pistol!! 

4. Saya ditanya lagi samada pistol tu ada peluru ke x de? - who cares whether pistol tu ada peluru or x coz yang penting memng saya diacukan pistol! Hati saya dah la sakit bila muka diacukan pistol then bila pergi buat report polis, diaorg bole pulak menambahkan sakit di hati saya ni. Apa ni?

Sekali lagi saya tegaskan disini, saya masih ingat lagi wajah perompak tu dan sampai mati x akan forget  wajah buruk dia tu yang hitam, kurus dan banyak jerawat tu. Hnaya Allah saja dapat membalas diatas segala perbuatan lelaki tu pada saya dan BF.

Disebabkan peristiwa pahit ni saya sampai sekarang TRAUMA dengar bunyi motor dan setiap kali nak lelapkan mata sure akan nampak bayang2 dia. Saya minta sangat pihak polis lebih tegas dan serius dalam menjalankan tugas mereka. Dari segi bertanyakan soalan minta lebih cerdik dan professional bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Jangan peristiwa 13 Mei tu berulang kembali, tunjukkan sikap 1 Malaysia yang korang selalu cakap tu.

Allahu akbar...