Hari ini adalah hari pertama umat islam menyambut bulan puasa,
Syukur Alhamdulillah saya masih mampu untuk berpuasa dengan izin Allah Yang
Maha Esa. Semoga ramadhan kali ini saya dan seluruh umat islam dapat memanfaatkan
dengan baik. insyaAllah.
Tak sangka tahun lepas (2015) adalah tahun terakhir saya
sekeluarga menyambut bulan Ramadhan bersama abah. Sebak rasa hati bila pergi
Tarawikh malam tadi, air mata ni tunggu masa je nak jatuh tapi cover line la
sikit takut kang orang sebelah kepoh..errr...tahun ni saya sekeluarga berpuasa
tanpa abah disisi dan orang paling terasa mestilah mak..kalau ikutkan hati saya
memang tak kuat tapi saya tak boleh lemah sebab mak saya memerlukan anak-anak
disisinya. Sedih rasa hati ini namun diri telah terima pemergiaan abah beberapa
bulan yang lalu. Allah lebih sayangkan abah kerna itu Allah menjemput abah
kembali kepadaNya.
Last raya picture with arwah abah
Arwah abah with his best friends Auntie Farid & Uncle Izam
Bila diingatkan kembali masa kitaorang kecil, abah akan beli
pelbagai aneka juadah untuk kami anak beranak makan. Bila beli tu abah memang
suka beli banyak sebab dia memang tak kedekut bab-bab makan ni (walhal
sesungguhnya abahku seorang yang kuat makan hehehe). Semasa abah masih ada
pasar adalah tempat wajib abah, masa berbuka memang agak meriah sebab ada air
milo, tebu, tauhu sumbat (favourite arwah, kalau beli tiap-tiap hari pun tak
pe), ayam percik, ikan keli masak
sambal, kangkung belacan (yang ni favourite saya) dan macam-macam lagi...(Ya
Allah bulan puasa ni cakap pasal makanan memang buat hal la perut aku ni...)
Sekarang cucu-cucu yang menjadi peneman mak, seperti biasa
kami adik beradik akan melayan kerenah anak-anak buah semasa berbuka puasa. Mak
akan menjadi orang yang paling sibuk kerna semua cucu-cucunya minta di layan
olehnya. Seronok melihat gelagat mereka berbuka dengan gembira. Mak lah insan
yang paling gembira kerna mungkin mak
sunyi apabila tiada lagi riuh tawa kami semasa berbuka lantaran anak-anaknya
sudah dewasa dan berkahwin. Tetapi tidak mengapa wahai ibuku, gelak tawa kami
telah digantikan dengan gelak tawa dari cucu-cucumu.
Cucu-cucu kesayangan mak den
Sara, Zil & Arisya (permata hatiku)
Dimasa akan datang, tahun berganti tahun dan kami akan
menjalani puasa tanpa abah. Tetapi itu adalah ketentuan Illahi dan kami redha
atasnya. Dan Allah telah gantikan kasih sayang abah dengan
"permata-permata" yang menyinari hidup kami iaitu anak-anak buah
saya.
Saya doakan abah sejahtera dan aman di sana. Terima kasih
abah atas semua curahan kasih sayang yang tidak ternilai kepada saya dan
adik-beradik. Abah....Diana sayang abah! Mak... Diana sayang Mak!. Terima kasih
untuk semua jasa yang dicurahkan kepada anakmu ini. (mata tetiba masuk
habuk..ish!! menci!)
TAHUN PERTAMA
BERPUASA TANPA ARWAH ABAH...
AL - FATIHAH BUAT
ARWAH ABAH...
KENANGAN BERSAMA ABAH
TAK AKAN LUPUT DARI INGATAN...
No comments:
Post a Comment