Hello adat lovers sekalian.
Kita bertemu lagi dalam segmen
"Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal
di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet
dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab
perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah
nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin
lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah
bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.
And that is the problem yaw.
Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan
Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :
"Dah dari dulu sampai
sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"
Ewww. Bila kita sebut adat,
masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for
what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari
bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.
Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab
yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab
bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan
Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di
panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang
dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.
Adat Resam Bertunang Melayu
Pertunangan mesti (Wajib) melalui
keluarga.
Pertunangan mesti (Wajib) ada
cincin.
Pertunangan mesti (Wajib) ada
hantaran pertunangan.
Etc
Actually, kalau nak bertunang tak
perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki
dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji
untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah
sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran
pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai
'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.
Then, how about berkahwin?
Berkahwin lagi lah bermasalah.
Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan
sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak
cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun
calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni
mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak
der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran
perkahwinan.
Hantaran Perkahwinan dan Mas
Kahwin
Aku tak faham kenapa
makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan
dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you
guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu
hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki
nak kahwin macam ni?
But, kita sebagai Melayu yang
miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit.
Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi
nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last
bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal
ni?
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar
berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )
"Sebaik-baik maskahwin ialah
yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )
Ya, hadis dah diterangkan secara
terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman
dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat
berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru
lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?
Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal
yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken
suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.
Benda-benda macam ni la yang
membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin
empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan? (gurau je
hehe)
Bersanding Bak Raja Sehari +
Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata
"Kamu bersanding sebab
mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu
lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman
dulu"
Wait, mengikut tradisi zaman dulu
yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay.
Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya,
amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke
gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah
bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus,
ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat
best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan,
nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat
sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri
nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa
malu? Peh-lis. Mana cukup beb.
And then what? Tepung Tawar.
Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak
cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How
can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis
thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan
Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di
panggil Syirik.
Dan macam yang dikata dalam hadis
tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila
cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat,
kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke
di majlis perkahwinan aku. (rosak majlis aku). Kalau ada pun, band-band yang
perform. And my hubby jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik
terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.
Biasalah melayu.
Biar mati anak jangan mati adat.
even ada adat is totally
bullshit!