Semasa kitaorang di Cologne, kitaorang memang decide x nak amik kenderaan sewa sebab apa cuaca kat sini memang sangat sejuk jadi rugi la kalau x explorekan. So kitaorang pun berjalan kaki sampai kaki dah naik kejang tapi demi nak explore juga ku gagahkan juga. Kitaorang mempunyai pilihan sama ada menggunakan Train atau Underground. Yang penting kaji dahulu laluannya baru boleh memilih antara
dua pengangkutan ini. Akibat cuaca sejuk, badan ak macam demam dan hidung
berdarah, mungkin kerana sudah biasa dengan cuaca panas menyebabkan badan aku terkejut dengan peralihan cuaca. Dalam cuaca sejuk aku gagahkan juga kerana
bukan senang hendak sampai di tempat orang dan apabila ada peluang, aku gunakan sebaik mungkin. Di sini untuk mendapat makanan
halal agak sukar, tapi jangan risau kerana masih terdapat kedai-kedai kebab
halal di sini. Masalahnya larat ke hari2 makan kebab, muntah hijau aku.
Cuba korang tengok building kat atas ni dah macam lego kan, orang2 German ni memang creative la.
Dapat hirup udara segar selalukan baguih...bersih kan jalan raya dia. Nak jumpa traffic yang teruk pun susah. So far x pernah jumpa lagi r.
Errmmmm....nyamannnnyaaaa.....
Tiba-tiba mata aku terpaku kepada sesuatu yang amat menarik - Choo choo train yang boleh membawa kitaorang pusing bandar dengan dua laluan iaitu Schokoladen Museum atau Muzium Coklat dan Zoo..
This is our second honeymoon...sayang abang tembam ni ketat2..
Bukan main happy lagi abang tembam ni..gigi je nampak hehehe
Bandar Cologne ni terkenalsebab jenama minyak wangi dan ramai menggelarkannya Holy-ius city sebab bandar ni masih mengekalkan ciri tradisional baik dari pembangunan sosial.
Sculpture yang macam perisai ni actually tersergam indah dekat Appellhofplatz stesen.
Cuaca sejuk menyebabkan kitaorang membeli dan meneguk kopi yang masih panas. Lega!
Now kitaorang otw to Dusseldolf, time ni dalam train. Boleh dikata orang Malaysia, agak kurang ke Dussledorf. Satu yang menjadi masalah utama di Jerman adalah bahasa. Tetapi, jangan risau, korang boleh bertanya di Tourist Info dan Stesen keretapi atau trem. Kebanyakan mereka yang bekerja di sini boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan jelas.
Inilah Appellhofplatz stesen dimana train ni bawa kitaorang pergi Dussledolf. Perbezaan masa Malaysia dan Dusseldorf adalah waktu Malaysia lebih cepat enam jam.Sampai di Dusseldorf, cuaca dingin mencengkam tulang. Kat sini bermula kesukaran membeli tiket trainsebab semuanya dalam bahasa Jerman. Sangat asing dan berlainan. Sistem pengangkutan di sini sangat efisien, murah dan tepat masa. Pengguna boleh membeli tiket selama seminggu atau setiap kali menggunakannya. Kalau kat sini nak naikkan cukai baru la worth it kan. Baru rakyat sayang lebih sikit..
Dusseldorf dan Cologne, moga kita ketemu lagi di
kesempatan yang lain. Next chapter aku akan share dengan korang betapa seronoknye pergi Amsterdam.