Thanks For Viewing My Blog^^

Tuesday, December 15, 2015

Cologne, Germany (Part 2)

Semasa kitaorang di Cologne, kitaorang memang decide x nak amik kenderaan sewa sebab apa cuaca kat sini memang sangat sejuk jadi rugi la kalau x explorekan. So kitaorang pun berjalan kaki sampai kaki dah  naik kejang tapi demi nak explore juga ku gagahkan juga. Kitaorang mempunyai pilihan sama ada menggunakan Train atau Underground. Yang penting kaji dahulu laluannya baru boleh memilih antara dua pengangkutan ini. Akibat cuaca sejuk, badan ak macam demam dan hidung berdarah, mungkin kerana sudah biasa dengan cuaca panas menyebabkan badan aku terkejut dengan peralihan cuaca. Dalam cuaca sejuk aku gagahkan juga kerana bukan senang hendak sampai di tempat orang dan apabila ada peluang, aku gunakan sebaik mungkin. Di sini untuk mendapat makanan halal agak sukar, tapi jangan risau kerana masih terdapat kedai-kedai kebab halal di sini. Masalahnya larat ke hari2 makan kebab, muntah hijau aku.

Cuba korang tengok building kat atas ni dah macam lego kan, orang2 German ni memang creative la.


Dapat hirup udara segar selalukan baguih...bersih kan jalan raya dia. Nak jumpa traffic yang teruk pun susah. So far x pernah jumpa lagi r.


Errmmmm....nyamannnnyaaaa.....



Tiba-tiba mata aku terpaku kepada sesuatu yang amat menarik - Choo choo train yang boleh membawa kitaorang pusing bandar dengan dua laluan iaitu Schokoladen Museum atau Muzium Coklat dan Zoo..


This is our second honeymoon...sayang abang tembam ni ketat2..


Bukan main happy lagi abang tembam ni..gigi je nampak hehehe


Bandar Cologne ni terkenalsebab jenama minyak wangi dan ramai menggelarkannya Holy-ius city sebab bandar ni masih mengekalkan ciri tradisional baik dari pembangunan sosial.


Sculpture yang macam perisai ni actually tersergam indah dekat Appellhofplatz stesen.



Cuaca sejuk menyebabkan kitaorang membeli dan meneguk kopi yang masih panas. Lega!


Now kitaorang otw to Dusseldolf, time ni dalam train. Boleh dikata orang Malaysia, agak kurang ke Dussledorf. Satu yang menjadi masalah utama di Jerman adalah bahasa. Tetapi, jangan risau, korang boleh bertanya di Tourist Info dan Stesen keretapi atau trem. Kebanyakan mereka yang bekerja di sini boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan jelas.


Inilah Appellhofplatz stesen dimana train ni bawa kitaorang pergi Dussledolf. Perbezaan masa Malaysia dan Dusseldorf adalah waktu Malaysia lebih cepat enam jam.Sampai di Dusseldorf, cuaca dingin mencengkam tulang. Kat sini bermula kesukaran membeli tiket trainsebab semuanya dalam bahasa Jerman. Sangat asing dan berlainan. Sistem pengangkutan di sini sangat efisien, murah dan tepat masa. Pengguna boleh membeli tiket selama seminggu atau setiap kali menggunakannya. Kalau kat sini nak naikkan cukai baru la worth it kan. Baru rakyat sayang lebih sikit..

Dusseldorf dan Cologne, moga kita ketemu lagi di kesempatan yang lain. Next chapter aku akan share dengan korang betapa seronoknye pergi Amsterdam.

Cologne, Germany (Part 1)

Dalam banyak-banyak percutian yang pernah aku pergi tempat ni la yang paling  mahal dan menarik sekali👏🏻 percutian ke Cologne yang terletak di Germany. Tapi time tu belum snowy lagi😞 but it's ok still sejuk juga sebab windy and cuaca plak memang r kalau masuk tido memang terbaik👍🏻..klu korang puasa kat sana memang best sebab apa time siang  dia sangat pendek which is pukul 4 lebih dah start nak Maghrib. Kat sana agak susah nak solat juga mana tak nye time solat dia rapat contoh kol 12 lebih dah zohor then Asar pukul 2 lebih Maghrib plak pukul 4 lebih tup tup tup pukul 5 lebih dah Isyak. So terpaksa la kitaorg rushing balik sebab nak kejarkan solat.

Transit kat Dubai, well memang impressed tengok kemajuan orang Arab ni.


Finally sampai kat Cerano Hotel. Hotel yang Bintang ada 3 je tapi mahai naw..1 mlm 200 euro🙀 Ko rasa..


Time ni kitaorg otw ke big building kat belakang kitaorg ni..nyempat selfie, marah abe I asyik selfie je.


Here we are at Cathedral...eeeeiiiii best nye!!! Ini Antara church yg terbesar didunia tau. Dia punya architecture memang super detail, klu x silap aku proses nak bina building ni mengambil masa 632 tahun. Pasal tu design dia dah macam Underworld punya castle..seram gitew.





Jangan kata aku x kepoh, aku memang seorang yang kepoh..siap masuk dalam lagi nak tengok apa ado kat dalam tu. Klu ikut kan orang lain takut nak masuk sebab rasa seram la konon tapi aku pe aku kesah think positive.☝🏼


Ni view dari bilik aku, sejuk mata tengok sculpture burung tu haih...memang creative r diaorg ni. terlalu banyak sculpture kat sini tu yang aku macam jakun sikit. Ok to be continue nanti aku post lagi, kitaorg pun ada lepak kata Dusseldolf and Amsterdam. Super best!!


Al-Fatihah untuk arwah abah

Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan taman ibu kota setapak.Ribuan terima kasih diucapkan pada semua saudara mara dan sahabat2 handai yg sudi hadir dn membantu dlm segala urusan dihospital sampai ke perkuburan.Jika arwah ada membuat silap pada semua harap di ampunkan segala dosa nya dan jika arwah ada hutang sila dtg tuntut dari sy dn keluarga.Mohon sedekah al fatihah kepada arwah..

Allahyarham Kamarul Zaini Bin Hj Abdul Rahman

Dalam kenangan 1955 - 2015
Semoga arwah abah tenang disana...