Thanks For Viewing My Blog^^

Friday, November 25, 2011

Orang Melayu benci orang masuk Islam?

Artikel kali ini berhubungkan tentang seorg hamba Allah mengislamkan ramai sahabat dari kaum bukan Melayu dan sikap kaum Melayu yang seakan-akan benci melihat orang masuk Islam, secara tidak sedar. Ini lebih ketara dalam kes Shahrukhkhan dan Micheal Jackson. Mari lihat analisa lengkap dalam isu ini.

1.Tiada hajat pun
Kebanyakan orang melayu suka mencerca kaum Cina dan kaum bukan Islam lain tetapi tidak pernah berhasrat mengislamkan sesiapa. Sekiranya berhasrat, anda boleh memperkemaskan ilmu anda berhubung akidah lalu menyertai NGO seperti ABIM khususnya di bahagian Outreach.

2.Suka pertikai keikhlasan saudara baru

Inilah yang saya paling menyampah sekali! Suka benar tanya ikhlas atau tak ikhlas nak masuk Islam. Yang dah Islam 30 tahun pun belum tentu ikhlas betul jadi tak payah kecoh la dengan saudara baru. Dia baru nak belajar Islam. Ada kes seorang saudara baru ingin masuk Islam (dari German) yang datang ke Malaysia dan berhasrat nak masuk Islam. Selepas di'soal siasat' berhubung keikhlasan beliau hendak masuk Islam, samada ikhlas atau hendak berkahwin dan sebagainya, alih-alih dia balik aje, tak jadi masuk Islam! Bodo sungguh institusi terbabit. Nabi pun mengembangkan Islam dengan perkahwinan sebagai satu cara dakwah, jadi apa yang nak kecoh sangat?!

3.Isu Micheal Jackson


Ramai yang kecoih samada Micheal Jackson betul-betul Islam atau tidak. Kalau dah ada saudara baru buat sidang media kata dia masuk islam, nak tanya apa lagi?. Kenapa ramai yang teringin sangat nak bertanya samada dia Islam atau tidak? macam tak selesa sangat bila orang masuk islam.

4.isu Shahrukhkhan

Ramai benar yang iya-iya nak bunuh Shah Rukh Khan kerna tak mengikut ajaran Islam. Sepatutnya kita dakwah dia dulu. Dampingi dan jelaskan Islam padanya dulu. HAri tu dia dah datang Melaka, sepatutnya kita bagi senaskah buku ringkas yang ada penjelasan tentang kesyumulan Islam. Kalau setakat nak maki cerca aje, yes, itulah stail lazim orang Melayu..

Marilah kita berubah. Wassalam

Mederator Cina Islam :

Pagi ini YB menerima email yang memanggilnya dengan panggilan "PAS muaalaf" dan kami menjawab email tersebut seperti berikut....

"awas, kalau panggilan muaalaf ditujukan kepada saya , saya membantahnya, saya sudah 22 tahun masuk Islam mana lagi boleh dipanggil muaalaf. Inilah perangai rakyat melayu malaysia , suka sangat memanggil bangsa lain dengan muaalaf, macamlah Islam hanya milik orang melayu sahaja. sudah lama bangsa saya di malaysia dihina dengan panggilan ini, sedangkan nenek moyang kami lebih dulu dari orang melayu masuk Islam di negara china."

No comments: