Seramai 359 orang bantuan mati, sebahagiannya rentung apabila penjara yang dihuni oleh mereka di Comayagua, Honduras terbakar. Kebakaran dipercayai dimulakan oleh seorang banduan dan ianya merebak dengan segera ke bahagian penjara yang lain. 26 orang banduan yang terselamat mendakwa pihak warden penjara enggan membuka pintu setelah api merebak walaupun selepas mereka merayu dilepaskan. Akibat daripada dakwaan ini waris banduan yang tekorban melakukan demo jalanan meminta keadilaan terhadap kematian saudara mereka. Demo jalanan berubah menjadi ganas apabila waris melontar batu kearah pegawai penjara. Tembakan dilepaskan bagi menyuraikan waris yang berdemo.
No comments:
Post a Comment