Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja ,
masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil
, sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu,
sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..hasilnya ,jerawat itu akan melekat di
kapas itu…
selamat mencuba…
Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini
menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih
menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian
dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk
selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi
kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan
airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan
setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang
kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada
bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun
sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air
suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan
kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap
kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam
yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda
hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan
bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam
parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur.
Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti
sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis
dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap
malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai
daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering,
cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis
airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam.
Kemudian cuci dengan air suam.
Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa
dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam
jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh
muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah
dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat
dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau
nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke
seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya
, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas .
Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan
gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang
berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah
, muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk
dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan
di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat
dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka.
Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan
air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji
nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam.
Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air
basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur
(ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan
kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas
dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi
jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan
tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia
akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
No comments:
Post a Comment