Thanks For Viewing My Blog^^

Thursday, May 9, 2013

Melayu malas...Cina rajin


Mungkin ramai tertanya2 apabila melihat link title ni. maybe korang fikir ni adalah thread politik atau lebih dasyhat lagi thread perkauman. hakikatnya tidak, saya cuma ingin menceritakan pengalaman sebenar berbual dengan rakan-rakan sekerja berbangsa cina petang tadi.

Terkedu saya bila mendengar ulasan member cina satu opis ni, tapi jangan cepat melenting kerana dari gaya percakapan dia, tiada niat perkauman atau pun mmenghina bangsa lain. mungkin dia cuma meluahkan apa yg sebenarnya berlaku di sekitar kita.

Dia menghuraikan secara terus terang mentaliti antara kaum melayu, cina & India dalam pekerjaan.

Cina : Kuat bekerja keras, member khidmat yang lebih tanpa mahu balasan yang lebih. Contohnya kat tempat keje, dorang akan buat keje lebih dari orang lain tanpa nak mengharap dapat balasan yang lebih dari majikan.

India : Keje lebih sikit tapi mo demand yang bukan-bukan dari majikan.

Melayu : hanya memberi jika ada balasan yang setimpal. Contohnye, kalau si polan ni gaji cuma RM1000 sebulan, dia tak akan nak buat keje yang setimpal dengan gaji RM1.5k sebulan. Kalau ikut logik memang betul juga la, tapi mentaliti ni le yang buat melayu ketinggalan dalam apa jua bidang. Memberi hanya jika ada ganjaran yang setimpal.

So walaupun member cina luahkan secara spontan & bukan rasis.. termenung juge saya dibuatnya.. sebahagian dari saya kata tu bohong! bukan semua melayu malas! dan bukan semua cina tu rajin!!

tapi sebahagian dari dalam diri saya juga mengakui kelemahan bangsa kita yang satu ni.. Saya juga macam setuju bila member cina ni cakap sebab mentaliti melayu macam ni, susah nak cari bangsa kita yang menerajui atau sekurang-kurangnya berada dalam pengurusan tertinggi kat mana2 pun syarikat di malaysia ni (kecuali golongan melayu elit).. rupa-rupanya mentaliti bagi seringgit, nak dibalas dengan seringgit lah yang merantai bangsa kita selama ni..

Sekali lagi ni bukan thread politik! jauh sekali perkauman.. cuma sekadar renungan kita bersama, baik dibuat pedoman.. jahat dijadikan sempadan..


No comments: