Thanks For Viewing My Blog^^

Sunday, June 9, 2013

Adat VS Agama

Hello adat lovers sekalian.

Kita bertemu lagi dalam segmen "Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.

And that is the problem yaw. Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

"Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"

Ewww. Bila kita sebut adat, masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.

Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.

Adat Resam Bertunang Melayu
Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
Etc

Actually, kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.

Then, how about berkahwin?

Berkahwin lagi lah bermasalah. Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran perkahwinan.

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni?

But, kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit. Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal ni?

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya, hadis dah diterangkan secara terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.
  
Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan? (gurau je hehe)

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait, mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay. Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya, amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus, ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan, nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu? Peh-lis. Mana cukup beb.

And then what? Tepung Tawar. Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik.

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat, kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke di majlis perkahwinan aku. (rosak majlis aku). Kalau ada pun, band-band yang perform. And my hubby jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.


Biasalah melayu.
Biar mati anak jangan mati adat.

even ada adat is totally bullshit!

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Yup, totally agree wif u. adat lebih diutamakan dari adab islam sebenarnya.

dan banyak lagi isu adat ni boleh dikupas kalau dapat saya kongsikan bersama.

antaranya :
1) perbualan yang da jadi kebiasaan hari ini :
"perghh.. seksinya perempuan tuuu???" kata si A kepada si B. Si B pun menjawab selamba "adat la tu, zaman sekarang"

perempuan seksi da jadi biasa pada budaya masyarakat kita sekarang. walhal ianya luar biasa di sisi Islam.

menutup aurat ada sebabnya dalam islam, walaupun ada sesetengah orang cuba menolak arahan tersebut walaupun alasan yang diberikan cuba memberikan penjelasan yang mudah antaranya :

"Ia bagi mengelakkan wanita menjadi mangsa rogol yg semakin berleluasa sekarang ni"

tapi itupun disanggah dengan jawapan :

"alaaa, wanita yang tutup litup pun kena rogol"

alasan2 balas sentiasa dicari bagi menidakkan keperluan menutup aurat.

hmmm... inilah budaya masyarakat kita sekarang apabila kata2 seorang yang layak digelar ulama boleh disanggah tanpa rasa malu.

Walhal, apabila seorang yang berpendidikan Doctor atau Engineer yang bercakap dalam skop kepakarannya, boleh pula mereka menegur orang yang cuba menyanggah pendapat Doctor dan Engineer itu dengan kata2:

"Ishh, ko bukan Doktor pun nak kata diagnosis yang Doctor tu berikan tu salah"

walhal, Doctor tersebut hanya diagnose berdasarkan teori buku dan pengalamannya sahaja. dia sendiri tidak boleh jamin samada diagnose yg dibuat itu adalah 100% betul ataupun tidak. kerana akhirnya, Doctor itu turut akan meminta pesakit untuk terus berdoa kepada Allah memohon supaya disembuhkan penyakit. kerana diagnose Allah yang sebenar2nya tepat iaitu :

kamu akan mati apabila masanya telah tiba. berdoalah selagi masih ada sisa nyawa di hujung hidung.

wassalam.