Thanks For Viewing My Blog^^

Thursday, October 31, 2013

Persiapan Perkahwinan

Ffuuhhh!! Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan sahaja untuk aku pegang title 'PUAN'. Sekarang ni x nervous lagi la tunggu la kalau dah dekat sikit hehehe anyway aku sangat excited dengan wedding ni exspecially parents aku la coz aku yang first bersanding kan...mesti la terlebey excited. 

Nampaknye x banyak benda lagi la yang dah settle example like hantaran (kena tunggu year end sales baru bole beli, murah sikit kan, makan2 selepas nikah (budget lari la so kena minta orang2 tua settle kan), bunga pahar (x tau apa cerita, last aku tau mak aku beli kat Nilai...rajin plak orang tua tu nak buat kan), bunga mangga (yang ni last minute pun ok lagi hehehehe, kompang (maybe drop part ni coz x worth it, bayar sampai RM300 tapi main x sampai 10 minute so terpaksa la guna audio), macam pelamin and caterer alhamdulillah dah settle. At least x serabut kepala aku.

Tadi aku baru submit borang kahwin dekat JAWI and alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kejap je process tu x de sampai 1 jam seperti yang diperkatakan orang kan. Cuma masa nak compile document tu memang leceh la! Sampai aku pikir diaorg ni menyusahkan orang buat benda2 ni semua. Makin lama makin comlicated, nak surat nikah parents la itu ini la haih..lain negeri lain style..ble! Apa2 pun besyukur sangat semua dah settle...

Tapikan aku nak kena usha juga sketch pelamin aku tu macam mana la rupe nye takut jadi pelamin koboi. Aku juga sangat concern dengan make up ermm tapi budget lagi dah lari disitu. Bukan senanng nak kahwin ni kan orang yang nak bercerai..macam mana la agaknye mesti lagi rumit kan. Minta jauh la benda2 ni semua hopefully aku akan jadi seorang isteri yang lebih sabar and sangat understanding..itu yang paling penting. 

Tunggu la kalau dah tinggal lagi sebulan majlis aku baru aku bagi tau theme aku apayek! hehehe skunk ni just nak simpan dalam hati dulu coz x ready nak share.

Akhir kata dari aku yang dah mental ni..Selamat Malam and semoga hari esok lebih baik dari hari sebelum ni.


No comments: