Thanks For Viewing My Blog^^

Monday, January 28, 2013

PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah SAW :- 

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... ". 

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. 

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . Kebanyakan anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia suka balik ke rumah dan pergi sekolah pun seronok. 



Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka, inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... 

Sunday, January 27, 2013

Tips/Petua menghilangkan jerawat

Pastinya korang yang ada jururawat cemaskan...jangan risau cubalah tip2 yang berjaya aku cari ini...since muka aku pun makin bertambah jerawat kan so aku amik inisiatif untuk do something for my skin so that semua pimple bole remove ASAP. Gile tak risau! Mak cuak kott..Anyway, korang bole try tips2 kat ni semua..insyaalla berkesan

Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…

Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.


Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Saturday, January 26, 2013

Happy Thaipussam!!

Dear all readers and friends who are celebrating Thaipusam,
I would like to take this opportunity to wish all a Happy Thaipusam.


Weekend activities

Lupa nak share with uuoollss my weekend activities. Normally Saturday if aku tak hang out with my BFF or bf aku just stay at home je. Tapi if Sunday Memng wajib duduk rumah because keesokkan hari tu aku kerja. Maybe ada sikit tired la that's why malas nak keluar.

Tapi last Sunday aku keluar (OMG! Pecah record dah ni) hehehe...anyway aku jarang keluar dengan family abang aku so aku pun follow je la. Tempat yang dia pilih KLCC (alamak! medan Jakarta) no choice I just follow😒

Tujuan utama pergi sana hanya just nak bawa anak kesayangan dia mandi dekat kolam rekreasi (actually I'm not really sure nama kolam tu so create sendiri la heheheh). Seronok gak walaupun panas kannn.

To be honest, ni first time kitaorng naik train. Last aku naik masa umur 20 tahun after that tak pernah naik dah. seriously, LRT memang dah lain sangat la sampaikan aku kena tanya seorng brother tu suruh ajar macam mana nak guna mesin beli token tu kannn...alamak!! tapi x pe, kalau malu bertaya sesat jalan pulak kan baik aku tanya.


WWeeee!!! seronok echa dapat naik train tau! (padahal makcik dia yang terlebih excited kan)


Sampai je KLCC benda wajib yang dia kena main..


Pinky + Red uuoolllss^^ jangan jeles...


Cantiknye ciptaan Allah kan..pandangan aku agak tertumpu dekat awan nano ni -_-!





Thursday, January 24, 2013

Dunia makin canggih

Aku memang speechless la tengok kecanggihan dunia masa kini ni. Nak apa semua ada, nak buat survey? X payah dah susah2 pergi kedai or baca newspaper sebab semua korang bole dapat dalam apps.

Huh! Canggih x? Dengan apps kita tak perlukan Internet so kalau kita nak check apa2 pun semua senang. Tapi benda yang aku seronok sangat sebab Yahoo mail, gmail, blog, semua dah Ada apps tau. ZARA pun ada ok..hah! Aku la orang yang paling excited sekali sampai tak sabar nak upload new apps ni.

Aku pun ada upload beauty n health apps...and aku find out the apps banyak benefitnye tau. Kalau tak percaya try upload tengokkk...
Anyway, enjoy your new apps ok!










Gili Lankanfushi Maldives

Alamak!! Pulau yang paling aku suka sangat ni weiii...cun giler..design, environment, interior...i love everything about this resort!! Super LIKE! Tempat ni terletak di Lautan Hindi, Soneva Gili dan menawarkan tempat yang hampir dengan matahari dan laut dengan penginapannya yang sangat2 mewah (korang paham je la price dia bukan cheap ok, tapi sure korang tak akan regret kalau pergi sana). Selain dari Wi-Fi percuma, ia juga mempunyai kolam renang luaran dengan pemandangan laut, serta spa yang nampak macam relax tapi I’m sure lebih daripada tu.

Selain tu, ia juga ada menawarkan geladak matahari peribadi dan taman air, setiap tempat kediaman yang mesra alam ini dilengkapi dengan TV kabel/satelit, pemain DVD serta sistem bunyi keliling BOSE. Mesin espresso dan bar mini juga disediakan.

Six Senses Spa yang elegan ini mempunyai lantai dengan panel kaca, serta menyediakan rawatan tradisional Ayurveda dan program yoga. Aktiviti rekreasi yang lain termasuklah tenis, lawatan sehari ke pulau dan menyelam skuba.

Dipendekkan story, everything ada and tempat ni sesuai sangat untuk couple yang baru saja kahwin or tempat bercinta…ehem!










Sunday, January 13, 2013

KONY 2012

Does anyone knows what's happening in Uganda? Does anyone care? Because I realize that people never care bout this KONY. When the 1st time i'm watching this video, i keep asking my self  What's with Kony 2012? See all these annoying posts on YouTube saying Kony 2012. Why the sudden burst of this? Half the people seem to know barely anything about it especially the fact that it's been going on for years...


Actually it's a new idea to try and stop this person, after it's been going on for years, they are finally banding together as one to make a difference by use of social media. I wouldn't refer to it as annoying, but I would call the people that who don't have the 2 seconds or sense or compassion to share the video.

The campaign reflects on a person named Joseph Kony who became notorious because of the horrible things he did, like abducting kids and using them as child soldiers to kill their parents and families. He also kidnaps girls and young women to use them as sex slaves. Since he hasn't been in Uganda (his home country) for over 5 years, a campaign called "Invisible Children" is doing everything to make Kony more famous so that everyone will know him and his infamous ways. They posted a video which soon became viral, and that's the reason why users are posting things about Kony. They also want the US and other countries to be aware so that they can arrest him.

From my opinion people are just finding out about it and feeling bad that they didn't know or do anything to stop it before, so now that they know they are trying to help by making people aware. A little late, but better than never.


The campaign was absolutely successful in raising awareness as you can see they got 923K people like in FB page - but has that translated into action?


Tuesday, January 1, 2013

Rambut tahun baru

OK, Happy New Year everyone!!! This new year mayb be korang ada macam2 impian, style, target etc. Tapi aku choose to cut my hair...MOTIF? bosan bah dengan rambut aku sudah. Rambut panjang memang cantik tapi bukan senang nak jaga tau, maintenance tinggi ooiii! Aku banyak habis duit untuk rambut aku ni kaauuu tak jaga betul2 silap hari bukan rambut kita ni bole jadi kering, then rosak especially hujung rambut. Aku pernah rasa dah semua benda2 ni. Leceh la...

So skunk aku decide nak cut my hair short, ermmm...nak macam Victoriz Beckham tapi that one consider too short sgt takut x sesuai dengan muka aku lak (dah la tembam skunk ni)..bagi meringankan beban kat kepala aku ni so aku pergi la salon yang biasa aku pergi. Hah! ni tips untuk korang kalau nak pergi salon, make sure salon tu korang dah biasa pergi kalau x menangis la korang kalau rambut yang korang nak jadi lain kan. Kalau aku dah naik hantu dah, bukan apa rambut kita ni kan part of imej kita juga kannnn so kena la careful sikit.

OK berbalik kepada salon aku tadi, salon ni nama dia T&T Salon kat KL Festival City. Memang bagus and aku puas hati dengan service diaorg (ada len cai tau ehehe). Sebagai seorg hairstylist aku memang suka hairstylist yg pandai bagi advice to the customer baru confident beb.


Before raambut aku kena potong, sempat lagi la aku snap picture aku kat dalam salon ni hehehe sayangnyeeeee la rambut pontianak aku nak kena potong.


After that the hairstylist ni pun tanya la aku, nak style rambut macam mana..aku cakap nak pendek paras bahu tapi need your advice la either buat block or standart style kan. Then amoi ni pun recommend aku buat ala-ala Victoria Beckham tapi aku mcm x confident lar so aku cakap buat fringe sikit la. Siap tunjuk contoh gitewww!



Rambut belakang aku ni dia potong pendek tapi x buat block la since aku x berani kan tapi at least if let say la one day aku nak try still kan repair sikit la. So, hati berdebar2 kot tunggu, macam2 aku pikir apa la jadi kat rambut aku ni weiii...muka ketat je aku sepanjang rambut aku kena potong. End upnyeeee....taraaaa!!!!




Superb!!! I loike!! Thanks to Denis (hairstylist) because she know what I want and hasilnye sangat2 puas hati. Thank you so much darling^^