Thanks For Viewing My Blog^^

Wednesday, September 24, 2014

Crumple Shawl by Diana Doux Collection

Assalamualaikum WBT

New Crumple Shawls!

No need to iron!

Suitable for those who always in hurry!

Come with 15 colors (8 colors available only, the rest sold out!) and just scroll down to choose your favourite now!

Crumple Wide Shawl : RM15 inc.postage

Contact Us: 013 – 2217330 (SMS / Whatsapp) atau layari FB kami.
www.facebook.com/dianadouxcollection

Jangan lupa attach code apa yang awak-awak berminat,hehe.




CP-1

CP-2

CP-4

CP-6

CP-9

CP-10

CP-13

CP-15


Do I care?? I don't tongsi!

Sikapku yang suka melepaskan geram bakal membuatkan orang sekeliling sentap. Jadi dengan itu aku decide untuk meluahkan diblog aje. Di alam maya ini terdapat beberapa pattern manusia yang mana berlainan rambut, color rambut, bulu, muka dan sebagainye. Tapi hakikat pada zahir dan batinnya yang tepat lagi mulus adalah hatinye. Ku tak mengerti konsep kawan jika masing-masing menyakiti hati memasingkan. Baik ku tak ada kawan begini dari ada kan..buang masa dan tenaga aku aje. 

One of them suka tunjuk diri pandai, tak bererti jika kau dah ada degree or whatever cert ko pikir diri ko tu bagus padahal jauh lagi  perjalanan hiduop kita ni. And ko juga tidak layak untuk menegur atau kacau sesiapa punya opinion wahai sahabatku. Akibat sifat kepoyoan ko itu secara tidak langsung telah mendatangkan perasaan kurang enak dikalangan sahabat-sahabat yang lain tetapi mereka lebih gemar mendiamkan diri dan telan dibuai arus saja. 

Berlainan pula dengan character aku yang lebih kepada loud spoken, aku bukan seorang yang suka simpan atau telan kerana ianya akan melahirkan sifat benci or menyampahku pada kau. Since sifat ko ni telah membuatkan aku rasa jelak so aku decide untuk tidak ada apa-apa kaitan dengan kau. Moga ko success dan bahagia dengan sifat bak pepatah kata sahabt-sahabt yang lain 'budget' sangat tu yek. 

Aku juga tak kisah hilang kawan macam dikau sebab kau memang tak penting pun..diri ini rasa jelak bila orang asyik kata 'kupikirkan dah lama kawan aje' urgh!! plsss...



Tuesday, September 23, 2014

Memulakan Perniagaan Online

Bagi usaahawan muda yang baru nak berkecimpung dalam industri ini, saya dapati article ini sangat membantu dan bole dibuat sebagai rujukan untuk kita. Saya juga ada mengemukan link ke laman article ini juga just in case if uols nak tahu lebih detail lagikan. Check it out!

Senarai Keperluan Untuk Memulakan Perniagaan Online

Sebelum memulakan sebuah perniagaan online, anda perlu tahu serba sedikit tentang senarai keperluan untuk memulakan perniagaan online. Memang kita sedia tahu bahawa pada masa kini perniagaan online sangat popular dan ramai yang telah berjayamenjana pendapatan lumayan dengan perniagaan online. Anda pun boleh berjaya. Yang penting anda mengikut cara yang betul, mempunyai kerajinan yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Ada pemilik kedai online yang meminta pertolongan kami untukmeningkatkan trafik website/blog kedai online mereka sekaligus meningkatkan jualan produk mereka. Ini kerana ada diantara mereka yang telah memulakan perniagaan online hampir empat bulan dan masih belum terjual satu produk pun. Jadi, jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan online, jangan putus asa kerana peluang untuk berjaya sangat cerah. Satu hari bila perniagaan online anda dah stabil dan dikenali, pastinya anda boleh tesenyum dan berpuas hati dengan usaha anda selama ini. Berikut kami senaraikan keperluan didalam memulakan perniagaan online:

PRODUK
Perkara pertama untuk memulakan sesebuah perniagaan, samada perniagaan onlineataupun offline adalah anda memerlukan “PRODUK”. Jika tiada produk, perniagaan itu tidak akan wujud dalam ertikata yang sebenar. Jadi, sebelum memulakan perniagaan online anda perlu fikirkan produk apakah yang ingin anda jual. Antara sumber-sumber untuk mendapatkan produk adalah seperti berikut:
§  Pusat Pemborong Jalan Kenanga
§  Pusat Pemborong Plaza GM
§  Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
§  Membeli Barangan Secara Borong Di Internet
§  Produk Yang Sukar/Jarang Didapati Di Malaysia
§  Bekerjasama Dengan Perniagaan Offline
§  Mendaftar Sebagai Ajen Dropship

PATUNG / MODEL PAKAIAN
Untuk menjalankan perniagaan online, anda perlu membeli sebuah patung untuk menggayakan produk anda. Harga untuk sebuah patung yang lengkap adalah RM350 – RM400. Anda juga boleh menggayakan sendiri produk-produk anda jika anda ingin menjimatkan kos. Kedai online kami menggunakan kedua-duanya iaitu patung dan juga model pakaian untuk memperagakan produk pakaian kami.

Perniagaan online berbeza dengan perniagaan offline (di butik/di kedai) kerana jika di butik/ di kedai pelangan dapat melihat, menyentuh dan mencuba produk anda akan tetapi di internet mereka hanya dapat melihat gambar sahaja. Jadi, anda perlu menunjukkangambar produk anda dari semua sudut supaya pelanggan berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membelinya. Selain itu, anda perlu memberikan rujukan saiz setiap pakaian yang anda pamerkan di blog/website kedai online anda supaya pelanggan senang untuk menentukan samada saiz pakaian yang anda jual sesuai untuk dipakai. Anda perlu ingat, pelanggan 100% bergantung kepada gambar dan ukuran saiz produk yang anda pamerkan di website. Mereka sesekali tidak boleh untuk mencubanya dan disitulah kesukarannya berniaga di internet ini. Jika sehari 100 orang yang datang melawat website kedai online anda, belum tentu lagi ada yang akan membelinya. Yang penting anda jangan berhenti promosi website anda. Pasti akan ada yang akan membelinya.

KAMERA DIGITAL
Seperti yang kami terangkan sebelum ini, untuk perniagaan online pelanggan bergantung 100% kepada gambar dan ukuran saiz. Jadi anda perlu mempunyai sebuahkamera digital untuk mengambil gambar produk-produk anda. Tak perlu kamera DSLRyang mahal. Cukup dengan kamera digital biasa asalkan gambar produk terang dan cantik dipandang.

SOFTWARE EDIT GAMBAR
Untuk edit gambar yang telah anda tangkap sebelum ini, anda boleh menggunakan salahsatu daripada software picture editing seperti Microsoft Office Picture Manager, Photoscape, IrfanView, Adobe Photoshop dan sebagainya.

HARGA JUALAN PRODUK
Harga jualan produk adalah amat penting. Anda boleh merujuk kepada harga yang di kenakan oleh para pesaing anda atau anda boleh tetapkan sendiri. Kebiasaannya, jikamodal belian adalah RM20; anda boleh menjual produk tersebut dengan harga RM39 – RM49. Anda boleh menjual dengan harga tinggi pada bulan pertama anda upload produk tersebut di blog/website kedai online dan kemudian menjual dengan harga yang lebih rendah tetapi masih memberikan keuntungan kepada anda. Anda bolehmenyerap masuk harga kos penghantaran di dalam harga produk anda ataupun mengenakan caj berasingan. Sebagai contoh, anda ingin menjual dengan harga RM39 dan kos penghantaran kebiasaannya berharga RM6, anda boleh terus menjual produk tersebut dengan harga RM45 (nyatakan penghantaran adalah percuma) ataupun anda jual dengan harga RM39 dan anda perlu beritahu pelanggan bahawa mereka perlu membayar kos penghantaran secara berasingan. Terpulang kepada anda untuk memilih cara yang mana yang lebih baik.

BLOG ATAU WEBSITE KEDAI ONLINE

Perkara yang paling penting untuk menjalankan perniagaan online adalah anda MESTI/WAJIB mempunyai sebuah website kedai online. Jika tidak mampu untukmembina website dengan sistem kedai online (ecommerce) anda boleh bermula dengan membina sebuah blog kedai online. Tapi,bila dah ada modal seeloknya anda membina sebuah website kedai online yang sistematik dan mempunyai database yang lengkap.

Untuk keterangan lanjut sila click link berikut:
http://www.izwanizzati.biz/ecommerce/senarai-keperluan-untuk-memulakan-perniagaan-online

Pengalaman aku sebagai seorang Housewife II

Untuk wanita yang berkerja diluar sana aku percaya dengan "work smart", uols mesti sentiasa ada masa kat rumah. Masa weekend bukan pergi shopping complex, uols boleh pergi tempat yg guna tenaga supaya masing2 dpt release tension. Macam manapun rules nya ialah mesti cukup masa sampai rumah supaya boleh pergi surau join kuliah agama. Selain itu berdoa supaya uols dikurniakan masa supaya dapat beribadat pada Allah, bukan setakat minta dipermudahkan urusan kewangan supaya uols tak perlu meminta2. Insyaallah perasaan tenang tu ada. Yang penting juga kerjasama dan understanding suami.

Isteri2 rasulullah pun bekerja (pendakwah agama) dan mereka mempunyai khadam. Culture disana, anak2 dibagi orang untuk disusukan sampai umur tertentu dan ada yg duduk kat kampung sampai umur tertentu. Tengok sirah Rasulullah. Ada juga ramai perempuan2 yg bekerja dan mengambil upah, tapi perkara jarang dihighlightkan. Aku rasa ia amat berkaitan dengan budaya kita dimana perempuan2 melayu dulu tidak prominent dalam role mereka dalam mencari rezeki. Kena pulak dengan tafsiran2 ulama yg menekankan peranan isteri yg sentiasa duduk dipintu tunggu suami balik, memasak, jaga anak dengan tangan sendiri tanpa bantuan maid. Ada satu hadith ni, kalau kita bantu Allah maka Allah bantu kita. Maksud bantu Allah bukanlah Allah nak sangat pertolongan kita tapi lebih macam mana kita menunjukkan syukur.



Macam ni la. Kita balik hukum asal isteri bekerja ini adalah harus dgn syarat kena dapat izin suami. Kena juga ikut keperluan. Ramai yg bagi alasan aku belajar tinggi2 takkan nak dok rumah jer (which is aku dulu sendiri pernah cakap ayat ni dekat husband aku). Inilah pegangan yg salah yg patut diperbetulkan. Kena muhasabah balik, matlamat asal kita kerja utk apa? Matlamat kita mencari ilmu sepatutnya utk apa?

Sebagai perempuan muslimah, lain tak tercicir. Umpamanya bila dah selesai segala kerja waktu malam, dah lembik w/pun tak solat isya' lagi. Tapi kalau kita berbisik pada Allah diberi kekuatan untuk tunai solat isya. insya allah lepas tu rawatib boleh buat, witir boleh buat dan baca beberapa potong ayat dari Alquran sebelum tido. Tapi untuk "memaksa" diri lakukan semua ni, kita kena ada ilmu. Contoh ilmu, kita tahu fadhilat2 setiap satu amalan tu dan kita mesti nak capai fadhilat dan moga2 dapat redha Allah. Sebab tu penting pi ke majlis2 ilmu berkualiti supaya jadi makanan rohani kita menjadikan kita tahu apa kita buat dan apa kita tak patut buat untuk dapat redha Allah.

Kalau nak dapat redho Allah, tak boleh mengeluh. Bila kita mengeluh makna kita mempersoalkan qada' dan qadar'. Kalau perkara ini kita soalkan (instead of bersyukur dan bersabar) maka manakah letaknya iman kita?Tak guna segala service kita pada manusia lain, tak dapat pahala, hanya dapat letih. Aku rasa ni lah sepatutnya menjadi rule of thumb bagi orang islam yg  nak berjaya. contoh: kalau letih, kita takkan mengomel pada suami atau anak2 tp kita mengadu pada Allah dibagi kekuatan untuk mengatasi keletihan supaya ibadah2

Waallahua'lam


Pengalaman aku sebagai seorang Housewife I

Alhamdulillah sudah 8 bulan aku melayari alam rumah tangga sebagai seorang isteri. I'm so in love with my husband. Baru aku faham  kenapa orang  tua-tua kata bercinta selepas kahwin amat indah kerana aku sendiri sudah merasainye. Usia perkenalan aku dengan suami aku sangat singkat, dalam tempoh masa sebulan saja suami aku melamar aku dan kami mengikat tali pertunangan selama 6 bulan dan terus kahwin pada 18 Januari 2014 pada usiaku ketika itu 27 tahun. Sebulan sebelum berkahwin aku berhenti kerja atas nasihat suamiku kerana dia lebih selesa kalau aku menjadi seorang housewife. Tapi banyak perkara aku fikir bila kita menjadi seorang housewife ni kerana banyak perkara yang perlu kita menitik beratkan. Terutamanye dari segi duit belanja (masa kerja dulu kan kita dah biasa pegang duit sendiri so bila dah kahwin ni segan nak minta-minta dekat husband kitakan), duit belanja untuk ibubapa (exspecially anak perempuankan, buat apa saja kena minta izin suami so dalam hal ni kita pun jadi serba salah kerana duit belanja kita pun terhad. Apa yang suami kita bagi tu kita kena la bersyukur dan tidak bole la terlalu demand orang kata) dan macam-macam lagi.

Aku percaya ada antara uols facing the same situation dengan aku kan sampai bergaduh dengan parents, sometimes bila kita berada dalam keadaan tertekan dengan environment kita pun mula tarik muka dengan suami kan. Time tu la kita mula fikir nak kerja balik sehingga kita tidak sedar yang kita sudah melukai hati suami kita sendiri dimana aku sendiri baru realize. Dari apa yang aku learn kita kena belajar handle pressure. Jangan biarkan perkara luar mempengaruhi emosi kita takut nanti ganggu family yang kita baru nak built ni kan. Elakkna dari bawa parents kita masuk campur hal rumah tangga kita. Apa yang aku buat sekarang ni if aku ada apa-apa perkara yang tidak berapa clear aku akan discuss dengan suami atau aku akan pergi berjumpa kaunseling. Ini saja jalan terbaik. Kena ingat satu perkara, hati suami kena jaga sebab syurga neraka kita pada suami kita, bukan pada ibu bapa kita lagi.



Apa pun suri rumah adalah lebih afdhal dan lebih mulia sebenarnya. Sebab nak jadi suri rumah bukannya senang. Aku percaya tak ramai para isteri sekrang ni sanggup jadi suri rumah. Support mmg penting dari suami dan keluarga IL. Macam suami aku suggest aku buat online bisnes dimana sekarang ni aku sedang dalam process membuat planning untuk upcoming bisness aku ni. Wish me luck ok! selagi mampu, berusahalah, asalkan tak lari dari garis2 ketetapan dlm agama.. lagipun zaman sekarang banyak peluang dan cara untuk cari rezeki.. macam2 method pada zaman sekarang untuk sediakan payung sebelum hujan.. itu kita dah tahu dan dah banyak dimaklumkan.


Friday, July 11, 2014

Happy Ramadhan 2014

Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua orang Islam. Jangan ponteng puasa tau kawan-kawan.

I'm back!!!

Hello! Hello! Hello!

Sejak kahwin ni x de masa dah nak update blog ni hehee...seronoknye alam perkahwinan rasa rugi sgt x kawin awal. Anyway, rasanya x lewat kot klu aku nak wish happy 2014 hahaha walaupun dah bulan July.:-)

Akhir kata tunggu update seterusnye dari aku :-p


Thursday, October 31, 2013

Happy Deepavali 2013

Selamat Hari Raye Deepavali..

diucapkan..pada sume yg menyambut perayaan ini..

pasang lampu elok2..mercun jangan lupa..

baju raya deepavali jgn lupe gosok cnatik2..basuh dulu before pakai ok

slipar raya deepavali pon jgn lupe beli..jgn pakai slipar jambat je

to all my frens yg sambut deepavali...jom makan maruku..


RAKAN2..MARI WISH KEPADA RAKAN KORANG YG SAMBUT DEEPAVALI K