Untuk wanita yang berkerja diluar sana aku
percaya dengan "work smart", uols mesti sentiasa ada masa kat rumah.
Masa weekend bukan pergi shopping complex, uols boleh pergi tempat yg guna
tenaga supaya masing2 dpt release tension. Macam manapun rules nya ialah mesti
cukup masa sampai rumah supaya boleh pergi surau join kuliah agama. Selain itu
berdoa supaya uols dikurniakan masa supaya dapat beribadat pada Allah, bukan setakat
minta dipermudahkan urusan kewangan supaya uols tak perlu meminta2. Insyaallah
perasaan tenang tu ada. Yang penting juga kerjasama dan understanding suami.
Isteri2 rasulullah pun bekerja (pendakwah agama)
dan mereka mempunyai khadam. Culture disana, anak2 dibagi orang untuk disusukan
sampai umur tertentu dan ada yg duduk kat kampung sampai umur tertentu. Tengok
sirah Rasulullah. Ada juga ramai perempuan2 yg bekerja dan mengambil upah, tapi
perkara jarang dihighlightkan. Aku rasa ia amat berkaitan dengan budaya kita
dimana perempuan2 melayu dulu tidak prominent dalam role mereka dalam mencari
rezeki. Kena pulak dengan tafsiran2 ulama yg menekankan peranan isteri yg
sentiasa duduk dipintu tunggu suami balik, memasak, jaga anak dengan tangan
sendiri tanpa bantuan maid. Ada satu hadith ni, kalau kita bantu Allah maka
Allah bantu kita. Maksud bantu Allah bukanlah Allah nak sangat pertolongan kita
tapi lebih macam mana kita menunjukkan syukur.
Macam ni la. Kita balik hukum asal isteri
bekerja ini adalah harus dgn syarat kena dapat izin suami. Kena juga ikut
keperluan. Ramai yg bagi alasan aku belajar tinggi2 takkan nak dok rumah jer
(which is aku dulu sendiri pernah cakap ayat ni dekat husband aku). Inilah
pegangan yg salah yg patut diperbetulkan. Kena muhasabah balik, matlamat asal
kita kerja utk apa? Matlamat kita mencari ilmu sepatutnya utk apa?
Sebagai perempuan muslimah, lain tak tercicir.
Umpamanya bila dah selesai segala kerja waktu malam, dah lembik w/pun tak solat
isya' lagi. Tapi kalau kita berbisik pada Allah diberi kekuatan untuk tunai
solat isya. insya allah lepas tu rawatib boleh buat, witir boleh buat dan baca
beberapa potong ayat dari Alquran sebelum tido. Tapi untuk "memaksa"
diri lakukan semua ni, kita kena ada ilmu. Contoh ilmu, kita tahu fadhilat2
setiap satu amalan tu dan kita mesti nak capai fadhilat dan moga2 dapat redha
Allah. Sebab tu penting pi ke majlis2 ilmu berkualiti supaya jadi makanan
rohani kita menjadikan kita tahu apa kita buat dan apa kita tak patut buat untuk
dapat redha Allah.
Kalau nak dapat redho Allah, tak boleh mengeluh.
Bila kita mengeluh makna kita mempersoalkan qada' dan qadar'. Kalau perkara ini
kita soalkan (instead of bersyukur dan bersabar) maka manakah letaknya iman
kita?Tak guna segala service kita pada manusia lain, tak dapat pahala, hanya
dapat letih. Aku rasa ni lah sepatutnya menjadi rule of thumb bagi orang islam
yg nak berjaya. contoh: kalau letih,
kita takkan mengomel pada suami atau anak2 tp kita mengadu pada Allah dibagi
kekuatan untuk mengatasi keletihan supaya ibadah2
Waallahua'lam
No comments:
Post a Comment