Thanks For Viewing My Blog^^

Thursday, September 25, 2014

Personal respondku tentang issue 'ND Lala & Shila Amzah Redha Diboikot Media'

Tiba-tibaku terpanggil menulis blog tentang issue Shila Amzah ni. Aku ni bukanlah peminat si artis ni tapi bila dengar statement dia yang berani mati hidup semula tu aku rasa bagus juga ada someone yang buka mulut juga...kita ni kekadang tu tak payah lah riak sangat dengan kerja kita yang konon-kononnye meletups tu pasal apa rezeki datangnye dari Allah bukan kita ni yang tentukan. Kita sebagai manusia ni kena berusaha sebab tanpa usaha kemanalah kitakan. Lepas tu bersyukur lah dengan apa yang kita ada bukan merungut.

Dalam kes Shila Amzah ni, bagiku dia berjaya atas usahanye sendiri. Yes! memang tanpa wartawan dia tidak akan dikenali tapi kena ingat dia juga telah berkerja keras sehingga sampai ke tahap sekarang ni. Kalau dia tak berkerja keras uoolss ingat ada ke wartawan nak tulis pasal dia? Apa isi yang nak ditulis? Apa headline yang nak di shout outkan? 

Kepada para wartawan ni pun tak payah lah nak over sangat, sikit-sikit cakap tak kenang budi, kacang lupakan kulit dan bla bla bla...btw uuoollss bukannye GOD sampai nak disanjung bagai..apa kata kita calm down and cermin diri kita dulu before menunding jari kearah yang lain. 

Berikut adalah statement daripada Shila Amzah semasa sidang media tempoh hari:

Jika itu pilihan kumpulan reporters dan bloggers ini (tidak merujuk kepada kesemua wartawan), jawapan kami ialah kami redha. Apa upaya kami untuk mengubah pendirian yang mereka pegang.
Kami beriman kepada Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan bukan kumpulan reporters. Tiada siapa yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. Ini pendirian kami.
Kalaulah dengan boikot itu boleh menjejas apa segalanya, semuanya kami redha. Tapi ingat, rezeki datang daripada Allah, bukan dari penulis yang memfitnah kami.

Kepada Shila Amzah pula atau shilaamzah photography, kesilapan yang telah awak lakukan adalah mengeluarkan statement yang berbaur sindiran kepada wartawan that's why depa melatah. If wartawan nak cover story hang ke tak itu hak diaorang. Yang sudah tu biarkan dan jangan ditanya kenapa tak datang janji peminat-peminat awak enjoy dan puas hati tengok konsert awak itu. Sekarangkan zaman gadget, selain wartawan kita bole sampaikan ucapan terima kasih kita kepada semua yang hadir or yang membantu dalam menjayakan konsert awak tu melalui social media yang bersepah-sepah sekarang ni.



Apa-apa pun aku amat tertarik dengan sidang media diaorang ni sebab ND Lala secara tak langsung telah menyekolahkan wartawan ni semua hahaha siap buat PPT tu, sangat professional supaya semua orang paham dengan apa yang cuba diaorg sampaikan. Baru ada strategy marketing tapi macam nak present budget 2015 pun ado. Lepas ni wartawan be more cautious terutama yg beragama Islam.

Akhir kata, sama-sama lah kita muhasabah diri kita dan doakan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Jangan ada antara kita cuba melaga-lagakan mereka lagi.. 

No comments: