Ini adalah sekadar nak berkongsi
bersama dengan kawan-kawan dan pembaca blog aku tentang Kanser buah pinggang.
Since aku memang suka makan benda yang masam-masam ni so lebih kepada
peringatan kepada aku juga la. At least, kita ada knowledge serba sedikit tentang penyakit bahaya ni so incase kalau ada relative korang yang ada penyakit ni. Nanti tak de la kita kelam kabut kannn...
Apa penyebab kanser buah pinggang?
Hingga ke hari ini,pakar-pakar
perubatan masih lagi tidak dapat memastikan mengapa kanser buah pinggang hanya
akan dihidapi oleh sesetengah individu dan sesetengahnya tidak.Namun, kajian
telah membuktikan bahawa ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang
itu mengidap kanser buah pinggang.Dan pakar-pakar perubatan juga percaya bahawa
kanser buah pinggang bukanlah sejenis penyakit yang boleh berjangkit kepada
orang lain.
Apa faktor risiko kanser buah pinggang?
Para penyelidik telah menemui
beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mengidap
penyakit kanser buah pinggang,iaitu:
- Merokok
- Obesiti
- Tekanan darah tinggi
- Mereka yang menjalani rawatan dialisis dalam jangka masa yang panjang
- Mereka yang mempunyai sindrom Von Hippel-Lindau (VHL)
- Faktor persekitaran tempat kerja:Sesetengah individu berisiko untuk mengidap kanser buah pinggang disebabkan persekitaran kerja mereka yang terdedah dengan bahan-bahan kimia.
- Jantina:Lelaki lebih berisiko untuk mempunyai penyakit kanser buah pinggang berbanding perempuan.Menurut Institut Kanser Kebangsaan,sekitar 20.000 lelaki dan 12.000 wanita di Amerika Syarikat akan mengidap penyakit ini setiap tahun.
Apakah tanda-tanda atau gejala kanser buah
pinggang?
Seseorang yang berisiko mengidap kanser
buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda diperingkat awal
penyakit.Tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang termasuk:
- Darah dalam urin (hematuria)
- Rasa sakit di bahagian tepi yang susah untuk hilang
- Terdapat benjolan di bahagian tepi atau perut
- Penurunan berat badan tanpa sebab
- Demam
- Kerap merasa letih yang amat sangat
Walaubagaimanapun,kadang-kadang tanda-tanda atau gejala yang disebutkan di
atas tidak bererti bahawa seseorang itu menderita kanser buah
pinggang.Kemungkinan juga ianya disebabkan masalah-masalah yang lain.Sekiranya
anda mempunyai tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa doktor untuk didiagnosis
dan dapat diberikan rawatan seawal mungkin.
Rawatan Kanser Buah Pinggang
Soalan Berkaitan: Bagaimana
kanser buah pinggang dirawat? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk kanser
buah pinggang?
Rawatan untuk kanser buah
pinggang bergantung pada tahap kanser tersebut.Apakah kanser tersebut telah
merebak ke organ lain,selain dilihat pada tahap kesihatan seseorang dan
umur.Sekiranya kanser buah pinggang
dapat dikesan dan dirawat diperingkat awal,peluang untuk sembuh adalah tinggi.
Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser buah pinggang, yang seorang
doktor boleh syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin
termasuk pembedahan, radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi
meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.
No comments:
Post a Comment