Pandangan Jejaka 1
Perempuan yg ego, tak bleh nak
tolerate.. the only person that always in the right side, is always ‘herself’
very2 self-centered. Actually the same goes to laki jugak also.. but smtme it
is to obvious, women are out of control when dealing with anger and also with
smthing that will trigger their emotion and make them feel unease of smthing..
Pandangan Jejaka 2
Semua soalan di atas tidak mampu
dijawab dengan tinta, sebab persepsi terhadap perempuan ego bagi saya amat
berkait rapat dengan hati dan tafsiran minda. Sukar diluahkan… apatah lagi bagi
saya yang kurang pandai menyusun kata-kata. Bagi saya;
Perempuan ego merupakan seorang
yang agak sombong, bukan kerana lebihnya dari orang lain, tetapi disebabkan
salah faham yang ada pada diri perempuan tersebut yang menyangka dia lebih dari
orang lain. Dia menyangka dia adalah berlian tulen, walhal dia hanyalah kristal
kaca… Sukar baginya untuk menilai dirinya, tetapi orang sekeliling amat sedar
dan perasan, yang dia hanyalah perempuan biasa, jauh dari luar biasa.
Pandangan Jejaka 3
Perempuan ego ni dia berlagak
lebih dari yang ditetapkan oleh garis-garis agama dan tata susila kemanusiaan.
Contohnya dengan adanya rupa yang cantik atau jawatan yang tinggi, perlakuan
atau layanan dia terhadap orang lain tu semacam aje, dalam erti kata lain
dialah YANG…sedangkan Yang ni sepatutnya
sifat Tuhan..Yang Maha Esa, Yang Maha Cantik, Yang Maha Berkuasa dsbnya.
Pandangan Jejaka 4
Tinggi sungguh burung kelicap,
Burung lilin di pokok getah;
Pandai sungguh cik puan bercakap,
Macam tuk alim dari Mekah.
Usik dayang mengatih benang,
Benang kusut terlalulah susah;
Suka benar mengaku menang,
Lelaki sahaja melakukan salah.
Pandangan Jejaka 5
- yg sombong
Pandangan Gadis 1
a. Pada pandangan mata kasar, ego
: sombong @ bongkak @ bangga diri @ etc… mcm2 definisi boleh dibuat. Cuma,
terpulang pada individu tersebut bagaimana nak menilai dan menerima pendirian
mereka yg mempunyai ego tersendiri. Hatta, tahap keegoan pun berbeza. Ada yang
boleh kurangkan ego, bila berhadapan dengan beberapa situasi. Ada pula yang
tetap dengan keegoan sendiri. Dalam erti kata lain, langsung tidak boleh
menerima pakai cadangan, mahupun pandangan orang lain, terhadap kehidupan
sehariannya. Hidupnya, dengan dirinya sendiri. Tapi mcm yg biasa diperkatakan,
ego tu, kadang2 timbul disebabkan sifat malu yang terlalu tinggi. Bila cuba
diexpressikan, kadang2 di salah tafsir – hingga org mengganggap ‘wanita’ itu
tinggi ego nya.
b. Ini pula dari kaca mata lain –
perspektif yang diambil dari blog shbt :
1. Sensitif : Bukan bermaksud
suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud
FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera,
cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita
memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat
kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita
tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup
berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa,
anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa
memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah
seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap
seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI ,
namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu
sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan
yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi
wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Pandangan Gadis 2
sukar untuk mengalah; sukar nk
terima hakikat@tidak berlapang dada atas kelemahan diri.bahasa
mudahnye,sentiasa merasakan diri mereka yg terbaik.
No comments:
Post a Comment