Ffuuhhh!! Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan sahaja untuk aku pegang title 'PUAN'. Sekarang ni x nervous lagi la tunggu la kalau dah dekat sikit hehehe anyway aku sangat excited dengan wedding ni exspecially parents aku la coz aku yang first bersanding kan...mesti la terlebey excited.
Nampaknye x banyak benda lagi la yang dah settle example like hantaran (kena tunggu year end sales baru bole beli, murah sikit kan, makan2 selepas nikah (budget lari la so kena minta orang2 tua settle kan), bunga pahar (x tau apa cerita, last aku tau mak aku beli kat Nilai...rajin plak orang tua tu nak buat kan), bunga mangga (yang ni last minute pun ok lagi hehehehe, kompang (maybe drop part ni coz x worth it, bayar sampai RM300 tapi main x sampai 10 minute so terpaksa la guna audio), macam pelamin and caterer alhamdulillah dah settle. At least x serabut kepala aku.
Tadi aku baru submit borang kahwin dekat JAWI and alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kejap je process tu x de sampai 1 jam seperti yang diperkatakan orang kan. Cuma masa nak compile document tu memang leceh la! Sampai aku pikir diaorg ni menyusahkan orang buat benda2 ni semua. Makin lama makin comlicated, nak surat nikah parents la itu ini la haih..lain negeri lain style..ble! Apa2 pun besyukur sangat semua dah settle...
Tapikan aku nak kena usha juga sketch pelamin aku tu macam mana la rupe nye takut jadi pelamin koboi. Aku juga sangat concern dengan make up ermm tapi budget lagi dah lari disitu. Bukan senanng nak kahwin ni kan orang yang nak bercerai..macam mana la agaknye mesti lagi rumit kan. Minta jauh la benda2 ni semua hopefully aku akan jadi seorang isteri yang lebih sabar and sangat understanding..itu yang paling penting.
Tunggu la kalau dah tinggal lagi sebulan majlis aku baru aku bagi tau theme aku apayek! hehehe skunk ni just nak simpan dalam hati dulu coz x ready nak share.
Akhir kata dari aku yang dah mental ni..Selamat Malam and semoga hari esok lebih baik dari hari sebelum ni.
Thanks For Viewing My Blog^^
Thursday, October 31, 2013
Saturday, August 17, 2013
Raya sakan bersama family
uuoollsss...kita beraya sakan bersama family and cousin weeoollsss taw. Raya pertama as usual kat KL je la then raya kedua balik Pilah rayo rumah mertua den. I'm enjoying my raya this year, quit fun juga.Semua picture2 ni aku keluarkan khas utk pembaca blog aku ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Hello, I would like to say about a big celebrations for all
Muslim people have been waiting for....
Hari Raya!!
Its have been a whole month the Muslims Fast(Not very fast,
its something called fasting) in Ramadhan. Now its Syawal(A.K.A Hari Raya
Aidilfitri month) where people go to their eldest house to seek forgiveness.
Once again, Wish all of my muslims frendz out there Selamat
Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!!!
Sunday, June 9, 2013
Adat VS Agama
Hello adat lovers sekalian.
Kita bertemu lagi dalam segmen
"Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal
di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet
dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab
perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah
nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin
lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah
bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.
And that is the problem yaw.
Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan
Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :
"Dah dari dulu sampai
sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"
Ewww. Bila kita sebut adat,
masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for
what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari
bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.
Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab
yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab
bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan
Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di
panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang
dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.
Adat Resam Bertunang Melayu
Pertunangan mesti (Wajib) melalui
keluarga.
Pertunangan mesti (Wajib) ada
cincin.
Pertunangan mesti (Wajib) ada
hantaran pertunangan.
Etc
Actually, kalau nak bertunang tak
perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki
dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji
untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah
sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran
pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai
'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.
Then, how about berkahwin?
Berkahwin lagi lah bermasalah.
Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan
sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak
cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun
calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni
mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak
der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran
perkahwinan.
Hantaran Perkahwinan dan Mas
Kahwin
Aku tak faham kenapa
makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan
dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you
guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu
hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki
nak kahwin macam ni?
But, kita sebagai Melayu yang
miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit.
Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi
nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last
bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal
ni?
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar
berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )
"Sebaik-baik maskahwin ialah
yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )
Ya, hadis dah diterangkan secara
terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman
dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat
berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru
lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?
Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal
yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken
suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.
Benda-benda macam ni la yang
membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin
empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan? (gurau je
hehe)
Bersanding Bak Raja Sehari +
Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata
"Kamu bersanding sebab
mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu
lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman
dulu"
Wait, mengikut tradisi zaman dulu
yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay.
Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya,
amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke
gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah
bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus,
ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat
best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan,
nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat
sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri
nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa
malu? Peh-lis. Mana cukup beb.
And then what? Tepung Tawar.
Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak
cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How
can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis
thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan
Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di
panggil Syirik.
Dan macam yang dikata dalam hadis
tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila
cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat,
kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke
di majlis perkahwinan aku. (rosak majlis aku). Kalau ada pun, band-band yang
perform. And my hubby jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik
terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.
Biasalah melayu.
Biar mati anak jangan mati adat.
even ada adat is totally
bullshit!
Tunang sudah aku bah^^
Alhamdulillah majlis berjalan
dengan lancar and smoothhhhhhhhhhh....syukur sangat tak ada apa-apa masalah.
Rombongan lelaki pun sampai 'punctual'. Anyway, i would like to thank to my
beloved grandmother coz bersusah payah buat hantaran and deco. Beliau orang
paling busy la kalau nak dikatakan. Makanan pun lebih and cukup, tu yang paling
important. Tak lupa juga kepada cousin den & mak sedara yang menolong den
dalam bentuk sumbangan hehehe den appreciate sangat. Too my bff Shikin and
Farah, thanks for the cakes.
Alhamdulillah. pertunangan diikat
selama 6 bulan. So hope everything will be ok. Moga kekal sampai jinjang
pelamin dan ke anak cucu. *cliche kan? * tapi memang itulah yang diharapkan.
Amin. Owh before terlupa, majlis pertunangan ni dibuat pada 1 June 2013 and its
actually my father birthday. Aku sengaja pilih date ni coz nak celebrate with
my dad also.
So, korang semua layan la picture2 gila glamour aku masa majlis berlangsung...
Thursday, May 9, 2013
Melayu malas...Cina rajin
Mungkin
ramai tertanya2 apabila melihat link title ni. maybe korang fikir ni adalah
thread politik atau lebih dasyhat lagi thread perkauman. hakikatnya tidak, saya
cuma ingin menceritakan pengalaman sebenar berbual dengan rakan-rakan sekerja
berbangsa cina petang tadi.
Terkedu saya
bila mendengar ulasan member cina satu opis ni, tapi jangan cepat melenting
kerana dari gaya percakapan dia, tiada niat perkauman atau pun mmenghina bangsa
lain. mungkin dia cuma meluahkan apa yg sebenarnya berlaku di sekitar kita.
Dia menghuraikan
secara terus terang mentaliti antara kaum melayu, cina & India dalam
pekerjaan.
Cina : Kuat
bekerja keras, member khidmat yang lebih tanpa mahu balasan yang lebih.
Contohnya kat tempat keje, dorang akan buat keje lebih dari orang lain tanpa
nak mengharap dapat balasan yang lebih dari majikan.
India : Keje
lebih sikit tapi mo demand yang bukan-bukan dari majikan.
Melayu :
hanya memberi jika ada balasan yang setimpal. Contohnye, kalau si polan ni gaji
cuma RM1000 sebulan, dia tak akan nak buat keje yang setimpal dengan gaji
RM1.5k sebulan. Kalau ikut logik memang betul juga la, tapi mentaliti ni le
yang buat melayu ketinggalan dalam apa jua bidang. Memberi hanya jika ada
ganjaran yang setimpal.
So walaupun
member cina luahkan secara spontan & bukan rasis.. termenung juge saya
dibuatnya.. sebahagian dari saya kata tu bohong! bukan semua melayu malas! dan
bukan semua cina tu rajin!!
tapi
sebahagian dari dalam diri saya juga mengakui kelemahan bangsa kita yang satu
ni.. Saya juga macam setuju bila member cina ni cakap sebab mentaliti melayu
macam ni, susah nak cari bangsa kita yang menerajui atau sekurang-kurangnya
berada dalam pengurusan tertinggi kat mana2 pun syarikat di malaysia ni
(kecuali golongan melayu elit).. rupa-rupanya mentaliti bagi seringgit, nak
dibalas dengan seringgit lah yang merantai bangsa kita selama ni..
Sekali lagi
ni bukan thread politik! jauh sekali perkauman.. cuma sekadar renungan kita
bersama, baik dibuat pedoman.. jahat dijadikan sempadan..
Mentaliti 'melayu' islam dan dilema 'kerja kerajaan'
Saban hari
kita melihat dunia ‘Melayu’ ini semakin sempit dan semakin mundur dari banyak
aspek. Apa yg aku nak cakap disini adalah dari segi ‘mindset’ dimana aku lihat
makin lama masyarakat melayu islam kita ni lebih suka bersenang lenang dan
memikirkan nasib sendiri dari fikir nasib masyarakat islam utk hari akan
datang. Tgk lah sendiri kita hanya mampu melaungkan ‘itu ini’ tanpa kita
berusaha utk merubah nasib kita, xpayah lihat yg jauh2,cukup kita lihat anak
muda kita dengan pemikiran mak ayah semuanya mendorong atau menginginkan kerja
disektor kerajaan xkira lah apa pangkat janji kerajaan,kata ‘mereka’ masa depan
terjamin ada pencen dan banyak ‘benefit’,senang nanti kalau sakit ke apa
kerajaan tanggung tanpa ‘mereka’ fikir dan renung diluar sana bangsa apa yg
sedang pegang ekonomi negara. Hari ini kita tgk graduan melayu islam kita
kebanyakannya berlumba2 isi borang SPA termasuk aku dulu tapi sekarang x dah.
Semuanya inginkan kerja kerajaan dan hanya segelintir sahaja yg menceburi
bidang perniagaan atau sektor swasta dengan rela hati. Dari respondan yg aku
kenal,semuanya kata kerja kerajaan senang buat loan,nanti senang nak beli
kereta atau rumah,hanya setakat itu sahaja yg mereka fikirkan setelah 4,5 tahun
‘ditarbiyah’ di institut pengajian tinggi yang kononnya telah bergelar
‘mahasiswa dan mahasiswi’ dgn ada diantaranya mendapat graduan ‘first class’,
puuihh!!. Yg mereka fikir kemewahan semata-mata kerana mereka menganggap ada
ijazah atau master mahupun phd itu boleh buat duit,itu sahaja tanpa mereka sedar
yg mereka telah diberi tanggungjawab itu memartabatkan islam dengan segulung
sijil itu. Hakikat disini sekarang kalau kita lihat orang cina telah mendahului
kita tersangat jauh dalam bidang ekonomi walaupun anak mereka dahulunya
‘didiskiriminasikan’ oleh kerajaan utk mendapat pendidikan di IPTA.
Golongan
atau ‘bangsa’ ini wujud disetiap pelusuk negara sebagai usahawan sedangkan kita
menjadi ‘customer’ nya setiap masa sampai kadangkala masa tahun baru cina
‘orang kita’ susah hati kerana ‘mereka’ tutup kedai. Baik bengkel kereta,
industri berat, industri makanan,pakaian,alat rumah tinggal lagi peralatan
solat je yg mereka belum jual, tapi xmustahil 1 masa akan datang kita akan
membeli kopiah di kedai orang cina kalau mentaliti masyarakat kita xnak berubah
dan masih ditakuk lama. Dan yang melayu duduk disektor kerajaan pun ada yang
dipergunakan oleh bangsa cina utk mendapat tender itu ini dengan bermacam
habuan mereka terima,aku bukan cakap kosong tapi ini realiti sekarang yg aku
pernah lihat, yg jadi pengarah syarikat di syarikat bangsa cina pun hanya
boneka semata2 utk dapatkan projek dan sebagai syarat 'sah' syarikat tu je,x
lebih dari itu walaupun datang kerja naik BMW kalah tokey syarikat itu yg
datang kerja naik 'hilux' je kadang tumpang anak. Masyarakat yg diluar ni pula
yakni org melayu sibuk dengan raja lawak yg kadang mempermainkan agama dan
program nyanyi2 yg x tentu hala,yg tengok pun bodoh sama pergi undi habiskan
duit yg xberapa nak ada,itulah rutin masyarakat kita.
Sedarlah
kita bukan lagi berada di awal kemerdekaan negara tetapi sudah setengah abad
berlalu dan negara ini bukan lagi hak ‘mutlak’ orang melayu tetapi sudah
menjadi hak ‘1 malaysia’ dimana sesiapa sahaja berhak dapat hak atas nama
rakyat malaysia, kita xboleh lagi bergantung harap pada kuasa2 raja melayu
kerana itu bukan cara islam mendapatkan sesuatu hak atas kuasa seseorang tanpa
seseorang itu berusaha mendapatkannya. Islam tidak pernah mengajar umatnya
menindas orang lain atau kaum lain utk kepentingan peribadi atau kaum sendiri. Kita
perlu berdiri diatas kaki sendiri,diatas landasan islam kalau kita nak maju.
Apa erti kuasa seseorang ‘melayu’ itu kalau hakikatnya menyeleweng dan
‘merompak’ amanah yg telah diberikan, adakah terdapat redha Allah disitu??
Sama-samalah kita renungkan. Akhir kata, aku hanya dapat berikan pandangan
sahaja kerana aku sendiri bekerja di syarikat bangsa cina ni dan aku dapat
lihat culture mereka jauh berbeza dari kita,walaupun mereka tiada akidah tapi
cara mereka bekerja dan berfikir memang ‘first class’ walaupun tersangat penat
kerja dengan mereka tapi itulah kunci kejayaan mereka. Tiada istilah 8am to
5pm, tiada istilah ‘bergossip’ di ofis, tiada istilah relax2, yg mereka fikir
bagaimana mereka nak hidup utk 10 tahun lagi atau utk anak cucu mereka nanti. Kadangkala
timbul rasa malu dengan kerajinan mereka kerja sampaikan manager aku yg
berbangsa cina sendiri cakap kerja yg paling ‘tough’ ialah kerja dengan
‘chinease man’, aku hanya mampu mengangguk sahaja kerana apa yg dia kata itu
benar tetapi aku ingat last ‘word’ dia cakap ‘for army, malay is a tough one’.
Sama-sama kita renungkan, sekian terima kerana sudi membaca entry ini.
References:
http://syjhafiz-kembali.blogspot.com/2012/11/mentaliti-melayu-islam-dan-dilema-kerja.html
Saturday, April 13, 2013
Cepatnye masa berlalu
Pejam
celik pejam celik daah bulan April, cepat masa berlalu. Bulan 6 aku akan
menjadi tunangan orang. Oh NERVOUS!!!!!!!!!!!!! Excited pun ada, baju semua dah
tempah dan barang hantaran pun dah settle. Alhamdulillah opah aku sanggup
tolong aku buat deco untuk hantaran. Nak tunang pun duit bole melambung kannn..belum kahwin lagi
Anyway,
aku sangat bersyukur sebab bakal tunang aku tu sangat cool and relax. Dia
sentiasa berada disisi aku dan protect aku. Wah macam dalam movie Twilight Saga
gitu hahahahaha...aku nak share lebih2 pun tak bole demi menjaga hati semua
pihak. Anyway, aku harapkan jodoh aku dengan bakal tunang aku ni berkekalan
hingga akhir hayat. Amin.
Tempoh
ikat tali pertunangan hanya 6 bulan saja, orang kata tak elok tunang lama-lama.
Faham-faham sajalah! Bila dah bertunang,
angan-angannya sangat tinggi. Jadi,
pendekkan tempoh bertunang, jangan dibiarkan lama-lama. Nanti basi sudah.
Benar
kata orang, jodoh pertemuan sudah ditentukanNya, tak akan lari gunung dikejar,
tetapi kita sendiri yang merancang, kalau baik perancangan kita tu, baik lah
hasil yang kita dapat, begitu lah sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









