Thanks For Viewing My Blog^^

Thursday, October 31, 2013

Happy Deepavali 2013

Selamat Hari Raye Deepavali..

diucapkan..pada sume yg menyambut perayaan ini..

pasang lampu elok2..mercun jangan lupa..

baju raya deepavali jgn lupe gosok cnatik2..basuh dulu before pakai ok

slipar raya deepavali pon jgn lupe beli..jgn pakai slipar jambat je

to all my frens yg sambut deepavali...jom makan maruku..


RAKAN2..MARI WISH KEPADA RAKAN KORANG YG SAMBUT DEEPAVALI K




Persiapan Perkahwinan

Ffuuhhh!! Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan sahaja untuk aku pegang title 'PUAN'. Sekarang ni x nervous lagi la tunggu la kalau dah dekat sikit hehehe anyway aku sangat excited dengan wedding ni exspecially parents aku la coz aku yang first bersanding kan...mesti la terlebey excited. 

Nampaknye x banyak benda lagi la yang dah settle example like hantaran (kena tunggu year end sales baru bole beli, murah sikit kan, makan2 selepas nikah (budget lari la so kena minta orang2 tua settle kan), bunga pahar (x tau apa cerita, last aku tau mak aku beli kat Nilai...rajin plak orang tua tu nak buat kan), bunga mangga (yang ni last minute pun ok lagi hehehehe, kompang (maybe drop part ni coz x worth it, bayar sampai RM300 tapi main x sampai 10 minute so terpaksa la guna audio), macam pelamin and caterer alhamdulillah dah settle. At least x serabut kepala aku.

Tadi aku baru submit borang kahwin dekat JAWI and alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kejap je process tu x de sampai 1 jam seperti yang diperkatakan orang kan. Cuma masa nak compile document tu memang leceh la! Sampai aku pikir diaorg ni menyusahkan orang buat benda2 ni semua. Makin lama makin comlicated, nak surat nikah parents la itu ini la haih..lain negeri lain style..ble! Apa2 pun besyukur sangat semua dah settle...

Tapikan aku nak kena usha juga sketch pelamin aku tu macam mana la rupe nye takut jadi pelamin koboi. Aku juga sangat concern dengan make up ermm tapi budget lagi dah lari disitu. Bukan senanng nak kahwin ni kan orang yang nak bercerai..macam mana la agaknye mesti lagi rumit kan. Minta jauh la benda2 ni semua hopefully aku akan jadi seorang isteri yang lebih sabar and sangat understanding..itu yang paling penting. 

Tunggu la kalau dah tinggal lagi sebulan majlis aku baru aku bagi tau theme aku apayek! hehehe skunk ni just nak simpan dalam hati dulu coz x ready nak share.

Akhir kata dari aku yang dah mental ni..Selamat Malam and semoga hari esok lebih baik dari hari sebelum ni.


Saturday, August 17, 2013

Raya sakan bersama family

uuoollsss...kita beraya sakan bersama family and cousin weeoollsss taw. Raya pertama as usual kat KL je la then raya kedua balik Pilah rayo rumah mertua den. I'm enjoying my raya this year, quit fun juga.Semua picture2 ni aku keluarkan khas utk pembaca blog aku ni.
















Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Hello, I would like to say about a big celebrations for all Muslim people have been waiting for....

Hari Raya!!

Its have been a whole month the Muslims Fast(Not very fast, its something called fasting) in Ramadhan. Now its Syawal(A.K.A Hari Raya Aidilfitri month) where people go to their eldest house to seek forgiveness.

Once again, Wish all of my muslims frendz out there Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!!!



Sunday, June 9, 2013

Adat VS Agama

Hello adat lovers sekalian.

Kita bertemu lagi dalam segmen "Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.

And that is the problem yaw. Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

"Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"

Ewww. Bila kita sebut adat, masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.

Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.

Adat Resam Bertunang Melayu
Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
Etc

Actually, kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.

Then, how about berkahwin?

Berkahwin lagi lah bermasalah. Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran perkahwinan.

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni?

But, kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit. Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal ni?

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya, hadis dah diterangkan secara terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.
  
Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan? (gurau je hehe)

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait, mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay. Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya, amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus, ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan, nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu? Peh-lis. Mana cukup beb.

And then what? Tepung Tawar. Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik.

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat, kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke di majlis perkahwinan aku. (rosak majlis aku). Kalau ada pun, band-band yang perform. And my hubby jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.


Biasalah melayu.
Biar mati anak jangan mati adat.

even ada adat is totally bullshit!

Tunang sudah aku bah^^

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar and smoothhhhhhhhhhh....syukur sangat tak ada apa-apa masalah. Rombongan lelaki pun sampai 'punctual'. Anyway, i would like to thank to my beloved grandmother coz bersusah payah buat hantaran and deco. Beliau orang paling busy la kalau nak dikatakan. Makanan pun lebih and cukup, tu yang paling important. Tak lupa juga kepada cousin den & mak sedara yang menolong den dalam bentuk sumbangan hehehe den appreciate sangat. Too my bff Shikin and Farah, thanks for the cakes.


Alhamdulillah. pertunangan diikat selama 6 bulan. So hope everything will be ok. Moga kekal sampai jinjang pelamin dan ke anak cucu. *cliche kan? * tapi memang itulah yang diharapkan. Amin. Owh before terlupa, majlis pertunangan ni dibuat pada 1 June 2013 and its actually my father birthday. Aku sengaja pilih date ni coz nak celebrate with my dad also.

So, korang semua layan la picture2 gila glamour aku masa majlis berlangsung...












                                      

                                     

                                     

                                       

                                      

                                     

Thursday, May 9, 2013

Melayu malas...Cina rajin


Mungkin ramai tertanya2 apabila melihat link title ni. maybe korang fikir ni adalah thread politik atau lebih dasyhat lagi thread perkauman. hakikatnya tidak, saya cuma ingin menceritakan pengalaman sebenar berbual dengan rakan-rakan sekerja berbangsa cina petang tadi.

Terkedu saya bila mendengar ulasan member cina satu opis ni, tapi jangan cepat melenting kerana dari gaya percakapan dia, tiada niat perkauman atau pun mmenghina bangsa lain. mungkin dia cuma meluahkan apa yg sebenarnya berlaku di sekitar kita.

Dia menghuraikan secara terus terang mentaliti antara kaum melayu, cina & India dalam pekerjaan.

Cina : Kuat bekerja keras, member khidmat yang lebih tanpa mahu balasan yang lebih. Contohnya kat tempat keje, dorang akan buat keje lebih dari orang lain tanpa nak mengharap dapat balasan yang lebih dari majikan.

India : Keje lebih sikit tapi mo demand yang bukan-bukan dari majikan.

Melayu : hanya memberi jika ada balasan yang setimpal. Contohnye, kalau si polan ni gaji cuma RM1000 sebulan, dia tak akan nak buat keje yang setimpal dengan gaji RM1.5k sebulan. Kalau ikut logik memang betul juga la, tapi mentaliti ni le yang buat melayu ketinggalan dalam apa jua bidang. Memberi hanya jika ada ganjaran yang setimpal.

So walaupun member cina luahkan secara spontan & bukan rasis.. termenung juge saya dibuatnya.. sebahagian dari saya kata tu bohong! bukan semua melayu malas! dan bukan semua cina tu rajin!!

tapi sebahagian dari dalam diri saya juga mengakui kelemahan bangsa kita yang satu ni.. Saya juga macam setuju bila member cina ni cakap sebab mentaliti melayu macam ni, susah nak cari bangsa kita yang menerajui atau sekurang-kurangnya berada dalam pengurusan tertinggi kat mana2 pun syarikat di malaysia ni (kecuali golongan melayu elit).. rupa-rupanya mentaliti bagi seringgit, nak dibalas dengan seringgit lah yang merantai bangsa kita selama ni..

Sekali lagi ni bukan thread politik! jauh sekali perkauman.. cuma sekadar renungan kita bersama, baik dibuat pedoman.. jahat dijadikan sempadan..


Mentaliti 'melayu' islam dan dilema 'kerja kerajaan'


Saban hari kita melihat dunia ‘Melayu’ ini semakin sempit dan semakin mundur dari banyak aspek. Apa yg aku nak cakap disini adalah dari segi ‘mindset’ dimana aku lihat makin lama masyarakat melayu islam kita ni lebih suka bersenang lenang dan memikirkan nasib sendiri dari fikir nasib masyarakat islam utk hari akan datang. Tgk lah sendiri kita hanya mampu melaungkan ‘itu ini’ tanpa kita berusaha utk merubah nasib kita, xpayah lihat yg jauh2,cukup kita lihat anak muda kita dengan pemikiran mak ayah semuanya mendorong atau menginginkan kerja disektor kerajaan xkira lah apa pangkat janji kerajaan,kata ‘mereka’ masa depan terjamin ada pencen dan banyak ‘benefit’,senang nanti kalau sakit ke apa kerajaan tanggung tanpa ‘mereka’ fikir dan renung diluar sana bangsa apa yg sedang pegang ekonomi negara. Hari ini kita tgk graduan melayu islam kita kebanyakannya berlumba2 isi borang SPA termasuk aku dulu tapi sekarang x dah. Semuanya inginkan kerja kerajaan dan hanya segelintir sahaja yg menceburi bidang perniagaan atau sektor swasta dengan rela hati. Dari respondan yg aku kenal,semuanya kata kerja kerajaan senang buat loan,nanti senang nak beli kereta atau rumah,hanya setakat itu sahaja yg mereka fikirkan setelah 4,5 tahun ‘ditarbiyah’ di institut pengajian tinggi yang kononnya telah bergelar ‘mahasiswa dan mahasiswi’ dgn ada diantaranya mendapat graduan ‘first class’, puuihh!!. Yg mereka fikir kemewahan semata-mata kerana mereka menganggap ada ijazah atau master mahupun phd itu boleh buat duit,itu sahaja tanpa mereka sedar yg mereka telah diberi tanggungjawab itu memartabatkan islam dengan segulung sijil itu. Hakikat disini sekarang kalau kita lihat orang cina telah mendahului kita tersangat jauh dalam bidang ekonomi walaupun anak mereka dahulunya ‘didiskiriminasikan’ oleh kerajaan utk mendapat pendidikan di IPTA.

Golongan atau ‘bangsa’ ini wujud disetiap pelusuk negara sebagai usahawan sedangkan kita menjadi ‘customer’ nya setiap masa sampai kadangkala masa tahun baru cina ‘orang kita’ susah hati kerana ‘mereka’ tutup kedai. Baik bengkel kereta, industri berat, industri makanan,pakaian,alat rumah tinggal lagi peralatan solat je yg mereka belum jual, tapi xmustahil 1 masa akan datang kita akan membeli kopiah di kedai orang cina kalau mentaliti masyarakat kita xnak berubah dan masih ditakuk lama. Dan yang melayu duduk disektor kerajaan pun ada yang dipergunakan oleh bangsa cina utk mendapat tender itu ini dengan bermacam habuan mereka terima,aku bukan cakap kosong tapi ini realiti sekarang yg aku pernah lihat, yg jadi pengarah syarikat di syarikat bangsa cina pun hanya boneka semata2 utk dapatkan projek dan sebagai syarat 'sah' syarikat tu je,x lebih dari itu walaupun datang kerja naik BMW kalah tokey syarikat itu yg datang kerja naik 'hilux' je kadang tumpang anak. Masyarakat yg diluar ni pula yakni org melayu sibuk dengan raja lawak yg kadang mempermainkan agama dan program nyanyi2 yg x tentu hala,yg tengok pun bodoh sama pergi undi habiskan duit yg xberapa nak ada,itulah rutin masyarakat kita.

Sedarlah kita bukan lagi berada di awal kemerdekaan negara tetapi sudah setengah abad berlalu dan negara ini bukan lagi hak ‘mutlak’ orang melayu tetapi sudah menjadi hak ‘1 malaysia’ dimana sesiapa sahaja berhak dapat hak atas nama rakyat malaysia, kita xboleh lagi bergantung harap pada kuasa2 raja melayu kerana itu bukan cara islam mendapatkan sesuatu hak atas kuasa seseorang tanpa seseorang itu berusaha mendapatkannya. Islam tidak pernah mengajar umatnya menindas orang lain atau kaum lain utk kepentingan peribadi atau kaum sendiri. Kita perlu berdiri diatas kaki sendiri,diatas landasan islam kalau kita nak maju. Apa erti kuasa seseorang ‘melayu’ itu kalau hakikatnya menyeleweng dan ‘merompak’ amanah yg telah diberikan, adakah terdapat redha Allah disitu?? Sama-samalah kita renungkan. Akhir kata, aku hanya dapat berikan pandangan sahaja kerana aku sendiri bekerja di syarikat bangsa cina ni dan aku dapat lihat culture mereka jauh berbeza dari kita,walaupun mereka tiada akidah tapi cara mereka bekerja dan berfikir memang ‘first class’ walaupun tersangat penat kerja dengan mereka tapi itulah kunci kejayaan mereka. Tiada istilah 8am to 5pm, tiada istilah ‘bergossip’ di ofis, tiada istilah relax2, yg mereka fikir bagaimana mereka nak hidup utk 10 tahun lagi atau utk anak cucu mereka nanti. Kadangkala timbul rasa malu dengan kerajinan mereka kerja sampaikan manager aku yg berbangsa cina sendiri cakap kerja yg paling ‘tough’ ialah kerja dengan ‘chinease man’, aku hanya mampu mengangguk sahaja kerana apa yg dia kata itu benar tetapi aku ingat last ‘word’ dia cakap ‘for army, malay is a tough one’. Sama-sama kita renungkan, sekian terima kerana sudi membaca entry ini.


References:
http://syjhafiz-kembali.blogspot.com/2012/11/mentaliti-melayu-islam-dan-dilema-kerja.html

Saturday, April 13, 2013

Cepatnye masa berlalu

Pejam celik pejam celik daah bulan April, cepat masa berlalu. Bulan 6 aku akan menjadi tunangan orang. Oh NERVOUS!!!!!!!!!!!!! Excited pun ada, baju semua dah tempah dan barang hantaran pun dah settle. Alhamdulillah opah aku sanggup tolong aku buat deco untuk hantaran. Nak tunang pun duit bole melambung kannn..belum kahwin lagi

Anyway, aku sangat bersyukur sebab bakal tunang aku tu sangat cool and relax. Dia sentiasa berada disisi aku dan protect aku. Wah macam dalam movie Twilight Saga gitu hahahahaha...aku nak share lebih2 pun tak bole demi menjaga hati semua pihak. Anyway, aku harapkan jodoh aku dengan bakal tunang aku ni berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Tempoh ikat tali pertunangan hanya 6 bulan saja, orang kata tak elok tunang lama-lama. Faham-faham sajalah!  Bila dah bertunang, angan-angannya sangat tinggi.  Jadi, pendekkan tempoh bertunang, jangan dibiarkan lama-lama. Nanti basi sudah.

Benar kata orang, jodoh pertemuan sudah ditentukanNya, tak akan lari gunung dikejar, tetapi kita sendiri yang merancang, kalau baik perancangan kita tu, baik lah hasil yang kita dapat, begitu lah sebaliknya.

Sunday, February 17, 2013

We Rise From Our Past


Alhamdulillah, we get to live to see another day in this beautiful yet harmonious world. Lets make du'a and seek repentance. One way the heart and mind will be calm and be peaceful.

Throughout our life, there will always be a horrid dream that probably has come true in our life. Let's face it, you don't want to remember it right? now lets all just try to forget all the terrible things from the past that happened to us, whether it is from our childhood, school, college, university or from now, the beginning and the present of our adulthood.

How to forget the past? Just focus on the future and the present. Enjoy all the things that is in front of you, whether you like it or not, still you have to go through it. That's what we called life. Everyone has been given the chance of one life. To have another life mean that we are so lucky He still gives us the chance and hope to make it a better one.

"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous

We grow so fast that we didn't flashback at what we do few years back, it may seem that we don't want the memories to haunt us again but there still a good side to this. There is still bits of pieces that we can take from our past memories like experience and momentum. These two would be considered as the main power to our survival, without these two, we may never get back up from falling.

Experience - Knowledge that we gained from action of our past, which will remind us of what should we do correctly the next time if certain situation occurs.

Momentum - Once we fall, our momentum might decline really bad, probably really down that you think you don't have the strength to get back up and all hopes may seemed lost. Nevertheless, be remembered! you still have the chances to rise and set your momentum straight again by gather all your confidence, mental strength and physical strength. (Pray to Him, set your intention (niat) straight and may He guide you to the correct path).

Let us rise and take all the distances memories into experience that we may cherish. Let us ponder into the future, once we rise from the ashes, greater things will come to us for those who are willing to take the risk. Always have in mind that Allah is very near to us, just raise your hand and InsyaAllah, He will help you no matter how big the obstacle is. He will show you the way and maybe the easiest way, but it is up to you to walk and work you way through it.

There is no reward if there is no effort.

Forget all the people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. They do this because you are one further step away from victory. Them? just a friction between you and victory/ultimate prize.

If we ever lost into the distance, lets remember Him, Allah SWT. He will guide you back to the right path, if you wanted to. Your path of life is your own choice, but the obstacle may vary. Don't let you heart be astray. He has given you so many, yet in your heart there is ignorance?.

Without Him, we may never rise from our fall, He aid us in so many ways that you couldn't thank Him enough.

Let your heart and minds speaks for itself, have you grown up yet? :-)

Saturday, February 16, 2013

Macam mana yang dikatakan perempuan yang ego?


Pandangan Jejaka 1
Perempuan yg ego, tak bleh nak tolerate.. the only person that always in the right side, is always ‘herself’ very2 self-centered. Actually the same goes to laki jugak also.. but smtme it is to obvious, women are out of control when dealing with anger and also with smthing that will trigger their emotion and make them feel unease of smthing..

Pandangan Jejaka 2
Semua soalan di atas tidak mampu dijawab dengan tinta, sebab persepsi terhadap perempuan ego bagi saya amat berkait rapat dengan hati dan tafsiran minda. Sukar diluahkan… apatah lagi bagi saya yang kurang pandai menyusun kata-kata. Bagi saya;
Perempuan ego merupakan seorang yang agak sombong, bukan kerana lebihnya dari orang lain, tetapi disebabkan salah faham yang ada pada diri perempuan tersebut yang menyangka dia lebih dari orang lain. Dia menyangka dia adalah berlian tulen, walhal dia hanyalah kristal kaca… Sukar baginya untuk menilai dirinya, tetapi orang sekeliling amat sedar dan perasan, yang dia hanyalah perempuan biasa, jauh dari luar biasa.

Pandangan Jejaka 3
Perempuan ego ni dia berlagak lebih dari yang ditetapkan oleh garis-garis agama dan tata susila kemanusiaan. Contohnya dengan adanya rupa yang cantik atau jawatan yang tinggi, perlakuan atau layanan dia terhadap orang lain tu semacam aje, dalam erti kata lain dialah YANG…sedangkan Yang  ni sepatutnya sifat Tuhan..Yang Maha Esa, Yang Maha Cantik, Yang Maha Berkuasa dsbnya.

Pandangan Jejaka 4
Tinggi sungguh burung kelicap,
Burung lilin di pokok getah;
Pandai sungguh cik puan bercakap,
Macam tuk alim dari Mekah.
Usik dayang mengatih benang,
Benang kusut terlalulah susah;
Suka benar mengaku menang,
Lelaki sahaja melakukan salah.

Pandangan Jejaka 5
- yg sombong

Pandangan Gadis 1
a. Pada pandangan mata kasar, ego : sombong @ bongkak @ bangga diri @ etc… mcm2 definisi boleh dibuat. Cuma, terpulang pada individu tersebut bagaimana nak menilai dan menerima pendirian mereka yg mempunyai ego tersendiri. Hatta, tahap keegoan pun berbeza. Ada yang boleh kurangkan ego, bila berhadapan dengan beberapa situasi. Ada pula yang tetap dengan keegoan sendiri. Dalam erti kata lain, langsung tidak boleh menerima pakai cadangan, mahupun pandangan orang lain, terhadap kehidupan sehariannya. Hidupnya, dengan dirinya sendiri. Tapi mcm yg biasa diperkatakan, ego tu, kadang2 timbul disebabkan sifat malu yang terlalu tinggi. Bila cuba diexpressikan, kadang2 di salah tafsir – hingga org mengganggap ‘wanita’ itu tinggi ego nya.

b. Ini pula dari kaca mata lain – perspektif yang diambil dari blog shbt :
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Pandangan Gadis 2
sukar untuk mengalah; sukar nk terima hakikat@tidak berlapang dada atas kelemahan diri.bahasa mudahnye,sentiasa merasakan diri mereka yg terbaik.

Kanser Buah Pinggang


Ini adalah sekadar nak berkongsi bersama dengan kawan-kawan dan pembaca blog aku tentang Kanser buah pinggang. Since aku memang suka makan benda yang masam-masam ni so lebih kepada peringatan kepada aku juga la. At least, kita ada knowledge serba sedikit tentang penyakit bahaya ni so incase kalau ada relative korang yang ada penyakit ni. Nanti tak de la kita kelam kabut kannn...

Apa penyebab kanser buah pinggang?
Hingga ke hari ini,pakar-pakar perubatan masih lagi tidak dapat memastikan mengapa kanser buah pinggang hanya akan dihidapi oleh sesetengah individu dan sesetengahnya tidak.Namun, kajian telah membuktikan bahawa ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengidap kanser buah pinggang.Dan pakar-pakar perubatan juga percaya bahawa kanser buah pinggang bukanlah sejenis penyakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Apa faktor risiko kanser buah pinggang?
Para penyelidik telah menemui beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mengidap penyakit  kanser buah pinggang,iaitu:
  1. Merokok
  2. Obesiti
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Mereka yang menjalani rawatan dialisis dalam jangka masa yang panjang
  5. Mereka yang mempunyai sindrom Von Hippel-Lindau (VHL)
  6. Faktor persekitaran tempat kerja:Sesetengah individu berisiko untuk mengidap kanser buah pinggang disebabkan persekitaran kerja mereka yang terdedah dengan bahan-bahan kimia.
  7. Jantina:Lelaki lebih berisiko untuk mempunyai penyakit kanser buah pinggang berbanding perempuan.Menurut Institut Kanser Kebangsaan,sekitar 20.000 lelaki dan 12.000 wanita di Amerika Syarikat akan mengidap penyakit ini setiap tahun.


Apakah tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang?
Seseorang yang berisiko mengidap kanser buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda diperingkat awal penyakit.Tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang termasuk:
  1. Darah dalam urin (hematuria)
  2. Rasa sakit di bahagian tepi yang susah untuk hilang
  3. Terdapat benjolan di bahagian tepi atau perut
  4. Penurunan berat badan tanpa sebab
  5. Demam
  6. Kerap merasa letih yang amat sangat

Walaubagaimanapun,kadang-kadang  tanda-tanda atau gejala yang disebutkan di atas tidak bererti bahawa seseorang itu menderita kanser buah pinggang.Kemungkinan juga ianya disebabkan masalah-masalah yang lain.Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa doktor untuk didiagnosis dan dapat diberikan rawatan seawal mungkin.

Rawatan Kanser Buah Pinggang
Soalan Berkaitan: Bagaimana kanser buah pinggang dirawat? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk kanser buah pinggang?

Rawatan untuk kanser buah pinggang bergantung pada tahap kanser tersebut.Apakah kanser tersebut telah merebak ke organ lain,selain dilihat pada tahap kesihatan seseorang dan umur.Sekiranya  kanser buah pinggang dapat dikesan dan dirawat diperingkat awal,peluang untuk sembuh adalah tinggi. Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser buah pinggang, yang seorang doktor boleh syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembedahan, radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.

Monday, January 28, 2013

Ibubapa derhaka kepada anak


Saya ada tertarik dengan satu blogger yang share about ‘Ibubapa derhaka kepada anak?’. First time tu dengar tapi ada seorang ustaz yang telah mengeluarkan statement pasal ni. Coretan ni aku ambil dari Waiem blogspot. Bukan apa, aku rasa tak salah kalau kita berkongsi dengan semua orang benda yang elook kan. Since aku pun baru tahu pasal issue ni tak mustahil ada ramai lagi orang yang tak tahu pasal issue ni juga kan.

Kebiasaan nya kita dengar anak derhaka kepada ibubapa. Walau macam mana teruk atau buruk peel ibubapa kita, kita tidak boleh derhaka kepada mereka. Kita wajib hormat dan mentaati mereka.
Tetapi harini saya baru dapat tahu bahawa ada istilah ibubapa derhaka kepada anak, melalui rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Topik harini dan semalam ialah "Derhaka kepada ibubapa".

Ustaz yang bertugas:

Kategori ibubapa yang derhaka terhadap anak ada 3. Tapi ianya lebih ditujukan khas kepada golongan bapa.

Oleh  yang demikian, bapak-bapak atau bakal bapak yang berada di luar sana berwaspada lah. Untuk menjadi bapa yang baik, bukan hanya bermula dari selepas bini beranak. Ianya harus dimulai dari sebelum berkahwin, bermula dari hendak mencari pasangan hidup.

Firman Allah ada menyebut, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya. Jadinya kalu kita mahukan pasangan yang baik, kita haruslah berkelakuan baik. Insya Allah, kita akan dapat jodoh yang baik.

Bila dah dapat jodoh yang baik, Insya Allah akan dapat anak  yang baik dan tidak derhaka  kepada ibubapanya. Benda ni sebenarnya dia berkaitan di antara satu sama lain kalu kita selidiki dan fahamkan susur galurnya.

Berbalik kepada kisah bapa derhaka kepada anak.
Kisah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab. Saidina Umar dikenali sebagai seorang peminpin yang sangat adil. Satu  hari ada seorang bapa datang mengadu kepada beliau bahawa anak dia telah derhaka kepadanya.

Lantas Saidina Umar pon panggil la anak yang dikatakan derhaka itu untuk di basuh otaknya.
Setelah diberi beberapa patah kata nasihat, anak itu pon mengaku yang dia bersalah sebab derhaka kepada bapanya.

Sebelum pulang anak itu bertanya kepada Saidina Umar, ada tak ibubapa yang derhaka kepada anaknya?

Saidina Umar berkata ya ada. Yak itu…
1. Bapa yang tidak memberi ibu yang baik kepada anaknya
2. Bapa yang tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya
3. Bapa yang tidak mengajar anaknya Al-Quran

Anak itu pon berkata, "Oh kalau begitu bapak aku terlebih dahulu telah derhaka kepada aku. Dia tidak mencarikan ibu yang baik buat aku. Dia tidak bagi nama yang baik untuk aku. Nama aku tiada makna. Dan tidak pernah satu pun huruf Al-quran yang dia ajarkan kepada ku"
Tamat kisah itu.

Moral of the stori, mungkin adakah boleh kita simpulkan kederhakaan seorang anak itu berpunca dari kederhakaan bapanya sendiri?
Derhaka yang macam mana?  Wallahualam. Hanya mereka-mereka yang tertentu saja yang mengetahui. 

Begitu penting rupanya untuk lelaki mencari pasangan yang baik. Jika tidak boleh jatuh kategori derhaka terhadap anak.

Saya berfikir sebentar.

Dengan kualiti remaja lelaki Muslim yang kita ada sekarang ni (tak semuanya la), yang umur kecik-kecik dah pandai rogol orang, dah pandai beromen, dah pandai tengok bideo lucah, dah pandai menyamun, mat rempit, bohjan, terlibat dengan dadah, sebagaimana berita yang kita sering baca di dada-dada akhbar yang bidang itu…

Adakah bapa-bapa mereka pada suatu masa dahulu seorang 'penderhaka'?

Itu baru dari skop remaja.

Belom masuk bab orang dewasa.

Belom masuk bab bini skandal dengan lelaki lain hingga lahirkan anak luar nikah. Apa akan jadi pada nasab dan keturunannya?

Adakah kederhakaan itu akan berterusan dan berpanjangan?

Dan lain-lain lagi. Pening pulak hamba nak fikirkannya.

Aduhai…besar dan sulit sungguh peranan seorang  lelaki yang bergelar bapa ni ya. Nak menanggung dosa bini dan anak perempuan nya lagi. Silap didik anak, anak akan jadi derhaka pula.
Patut la ramai lelaki takmo jadi lelaki sekarang ni. Berat tanggungjawabnya.

Semoga Allah selamatkan kita semua.

Akhir kalam saya ingin kongsi satu status seorang rakan di fesbuk. Berbunyi begini :
" beb...betina ni scandal aku...biasa la..yg halal aku simpan kt umah lerr, yg haram ni aku hayak ke sana ke sini... Sdp tu beb yg harammm...". 

LELAKI JENIS APAKAH INI?? INI KE KHALIFAH YG KITA CARI UTK SYURGA KITA?? tak faham aku ngn lelaki spesis ni...:-(

Sedap sangat la tu kan. Kasihan sebenarnya lelaki macam ni. Semoga lelaki kategori ini diberi taufik dan hidayah oleh Allah dengan segera.


Phase 3: kenapa anak DERHAKA (Tips)

Tips
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasarendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anakyang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa ituterus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Mudah-mudahan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insya'Allah.

Wallahualam

Phase 2: kenapa anak DERHAKA?

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. 

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. 
Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. 

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." 

HUBUNGAN DENGAN BAPA 

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruhutamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua. 

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak kita sendiri. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu yang kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung kita. 

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. 

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun 
tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.